Subang, 27 Julai 2025 – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang, Datuk Sri Fariz Hazurin Ismail, menyuarakan lkebimbangan terhadap defisit sokongan yang semakin meruncing dihadapi oleh parti-parti politik tradisional termasuk UMNO, terutamanya dalam kalangan pengundi bandar, pinggir bandar dan luar bandar.

Menurut beliau, landskap politik pasca tahun 2008 telah berubah drastik, di mana kesetiaan kepada parti bukan lagi menjadi asas utama dalam menentukan sokongan rakyat. Fariz Hazurin menegaskan bahawa rakyat kini lebih menilai keperibadian dan usaha calon itu sendiri, berbanding lambang parti yang diwakili.

“Kita pernah lihat UMNO menang besar di pelbagai kawasan, tetapi sekarang kita berada pada titik defisit sokongan yang sangat teruk. Walaupun begitu, masih ada calon kita yang mampu menang di tempat-tempat yang tidak dijangka — ini membuktikan rakyat kini menilai individu, bukan parti semata-mata,” katanya.


Beliau turut mengimbas perpecahan dalaman parti-parti utama seperti UMNO yang telah melahirkan pelbagai pecahan seperti PKR, BERSATU dan PEJUANG, serta peralihan sokongan masyarakat Cina dan India daripada MCA kepada DAP.

Fariz turut memberi perhatian terhadap fenomena baharu yang berlaku dalam kempen “Turun Anwar”, yang menyaksikan penyertaan ketara daripada masyarakat Tionghwa dan India, satu perubahan sikap yang menurutnya menggambarkan hakikat bahawa sokongan kepada parti tidak lagi statik.

“Ini bukan soal parti lagi. Parti hanyalah alat, platform. Yang penting ialah calon itu sendiri — adakah dia bekerja untuk rakyat, adakah dia tunjuk teladan yang baik,” tegas beliau.


Tambah beliau lagi, era politik kini menuntut setiap ahli politik memainkan peranan secara aktif dan telus, tanpa terlalu bergantung kepada jenama parti.

#PolitikBaharu #UMNOBangkit #FarizHazurin #SokongCalonBukanParti #TurunAnwar #ReformasiPolitik #PolitikMalaysia #SuaraAnakMuda #KebangkitanRakyat #PartiTakJaminMenang

Leave a Reply