KUALA LUMPUR, 10 DISEMBER 2021 Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) pada hari ini meneruskan misi menyantuni masyarakat melalui program Tanggungjawab Sosial Koperasi (CSR) COOPCARE ANGKASA Prihatin D-19 dengan menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas kepada petugas barisan hadapan Angkatan Tentera Malaysia.
Sumbangan ini bertujuan untuk menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera yang merupakan petugas barisan hadapan negara dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus dipelihara. Para anggota tentera yang menerima sumbangan hari ini juga merupakan anggota Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad.
Sebanyak 200 pek sumbangan yang bernilai RM10,000 telah disempumakan penyerahannya oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization (ACO). Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah kepada Pengerusi Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad, Mejar Jeneral Bersara Dato’ Zulkiflee Mazlan di Wisma Koperasi Tentera, Kuala Lumpur, hari ini.
Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, “Sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh parajurit kita amat besar dan disanjungi oleh rakyat negara ini. Bukan sahaja kebajikan anggota harus dijaga malah ahli keluarga mereka perlu turut diberi perhatian kerana risiko kepada anggota juga amatlah tinggi. Sebagal menghargai jasa mereka, ANGKASA memberi sedikit sumbangan bagi mengurangkan beban dalam menempuhi fasa pandemik yang masih berlarutan.”
Sejak pandemik COVID-19 pada bulan Mac 2020, ANGKASA sebagai badan apeks gerakan koperasi negara yang diiktiraf oleh kerajaan telah menyantuni lebih 60,000 penerima sumbangan melalui 106 program CSR COOPCARE yang memberi manfaat barang asas dan kit kesihatan kepada anggota koperasi, golongan asnaf, golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin bandar, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan petugas barisan hadapan di seluruh negara.