KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr Azam Rauzan, menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bakal menjadi medan penting bagi Barisan Nasional (BN) dalam menentukan hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut beliau, keputusan BN untuk tidak lagi bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi memilih bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) adalah langkah bijak yang diambil oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Barisan Nasional mesti bertindak seperti pembangkang yang matang. Kita tidak boleh lagi mengulangi sejarah ditipu oleh BERSATU yang meninggalkan rakan selepas menang. UMNO Sabah perlu kuat dan fokus untuk menawan kembali hati rakyat,” katanya dalam sesi Sembang Kopi.

Beliau turut mengingatkan bahawa landskap politik Sabah unik kerana mempunyai pelbagai parti dalam satu keluarga, yang memerlukan strategi lebih tersusun dan fokus.

“Sabah pelik sikit, tapi rakyatnya bijak. Saya yakin GRS akan ditolak kerana kegagalan pentadbiran mereka. BN adalah parti yang sudah terbukti membawa pembangunan. Sabah perlu bangkit memilih parti yang ada rekod kejayaan,” ujarnya.

Dr Azam menekankan bahawa kejayaan PRN Sabah akan menjadi “landmark” kepada BN dalam menentukan KPI politik menjelang PRU16, serta PRN Melaka dan Johor.

“Saya bersama sahabat-sahabat dalam Sembang Kopi akan turun ke Sabah untuk membantu sebaik mungkin. PRN Sabah ini bukan sekadar pilihan raya, tetapi kayu ukur masa depan BN,” tegasnya.

#PRNSabah2025 #BarisanNasional #UMNOSabah #AzamRauzan #PolitikSabah #BNBangkit #SabahPilihBN #GRSditolak #MenujuPRU16 #SembangKopiAATV

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f