SEPANG – Jenama ayam goreng tempatan yang semakin kukuh di hati rakyat Malaysia, Ahmad’s Fried Chicken, terus mencipta pencapaian membanggakan apabila merasmikan pembukaan cawangan ke-44 di Kota Warisan, Sepang.

Pelancaran ini adalah sebahagian daripada strategi agresif Ahmad’s dalam memperluas rangkaiannya ke seluruh negara, sekaligus mendekatkan lagi jenama berkenaan kepada pelanggan dari pelbagai latar belakang.

Sejak membuka cawangan pertama pada tahun 2024, Ahmad’s mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa kini beroperasi dengan 44 cawangan merangkumi 13 restoran, 10 mini restoran dan 21 kiosk di seluruh Malaysia.

Pengasas dan Pengarah Ahmad’s Fried Chicken, Taufik Khairuddin berkata, sambutan pelanggan yang luar biasa terhadap set ayam goreng, burger dan pelbagai hidangan tambahan sejak awal pembukaan telah menjadi pemangkin utama kepada pertumbuhan pesat syarikat.

“Ahmad’s bukan sekadar rangkaian restoran ayam goreng. Ia adalah simbol rasa, tradisi dan kebersamaan rakyat Malaysia.

“Kami yakin sasaran 80 cawangan menjelang hujung tahun ini dapat dicapai, dengan sokongan pelanggan serta rakan niaga yang percaya kepada jenama ini,” katanya.

Taufik berkata, pihak syarikat turut merangka Pelan Lima Tahun untuk memperkukuh kedudukan Ahmad’s sebagai pemain utama industri makanan segera di Malaysia, termasuk rancangan jangka panjang untuk menembusi pasaran antarabangsa serta memperkenalkan konsep cawangan pandu lalu dan memperluaskan kehadiran di Sabah dan Sarawak.

Komitmen Ahmad’s terhadap kualiti dan kepuasan pelanggan terus menjadi tunjang utama dalam operasi harian.

Segala maklum balas daripada pelanggan sentiasa diteliti dan digunakan untuk memperbaiki mutu produk serta perkhidmatan.

Usaha ini mencerminkan keprihatinan Ahmad’s untuk menjadi jenama yang dipercayai dan disayangi oleh seluruh lapisan masyarakat.

Selain itu, Ahmad’s juga membuka peluang luas kepada usahawan tempatan untuk menyertai keluarga besar jenama ini melalui inisiatif perkongsian perniagaan yang ditawarkan.

Dengan modal yang kompetitif dan sokongan operasi yang berterusan, model perniagaan ini telah membuktikan keberkesanannya dalam memperkasakan usahawan.

Antara contoh kejayaan inisiatif ini adalah Evi, rakan niaga bagi cawangan Kota Warisan, yang telah berjaya menjadikan outlet berkenaan sebagai pusat tumpuan komuniti dan bukti keberkesanan jenama Ahmad’s dalam menyokong pertumbuhan perniagaan rakan niaga tempatan.

Dengan 24 pilihan menu warisan yang diinspirasikan dari cita rasa Malaysia, suasana mesra pelanggan, serta perkhidmatan pantas dan efisien, Ahmad’s Fried Chicken berhasrat untuk menjadikan setiap cawangannya bukan sahaja sebagai tempat menjamu selera, malah sebagai simbol perpaduan dan kebanggaan bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai peluang kerjasama perniagaan atau lokasi cawangan terdekat, orang ramai boleh melayari laman rasmi Ahmad’s Fried Chicken atau mengikuti perkembangan terkini di platform media sosial rasmi jenama ini.

By Cynthia

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f