KUALA LUMPUR, 15 September 2025 – Gissco Sdn Bhd, syarikat Bumiputera pertama berlesen PETRONAS (Lesen 001) dalam sektor minyak dan gas, meraikan pencapaian bersejarah 50 tahun melalui Gissco 50th Years Anniversary Gala Dinner yang berlangsung penuh gemilang di Hotel W Kuala Lumpur malam ini.

Majlis berprestij ini menjadi simbolik kepada perjalanan lima dekad kecemerlangan operasi, kepimpinan industri dan komitmen berterusan GISSCO. Sambutan ini turut menyaksikan pelancaran identiti korporat baharu serta penganugerahan Anugerah Jasa Setia kepada 11 warga kerja yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan syarikat.

Identiti Korporat Baharu: “Golden Legacy”

Bersempena ulang tahun emas ini, GISSCO memperkenalkan logo baharu yang membawa makna mendalam – berbentuk bujur sebagai lambang kesinambungan dan kestabilan, dipadankan dengan gradasi emas berkilau sebagai simbol prestij, kejayaan dan warisan emas syarikat.

Logo baharu ini turut disokong tipografi moden yang mencerminkan inovasi serta komitmen terhadap transformasi digital. Tulisan “SINCE 1975” menjadi pengukuh warisan GISSCO sebagai perintis minyak dan gas Malaysia.

Anugerah Jasa Setia: Pengiktirafan Dedikasi Warga Kerja

Acara malam ini turut memberi penghormatan kepada 11 warga kerja setia yang telah menabur bakti antara 10 hingga hampir 30 tahun, antaranya Mahyudin bin Mohamad (29 tahun), Zukifkli Musa (28 tahun) dan Marina binti Hasan (25 tahun).

Pengarah Urusan, Mohd Khoirul Kamal Rashid, dalam ucapannya berkata:

“Jubli Emas ini bukan sekadar tentang usia, tetapi tentang kesetiaan dan bakat luar biasa warga kerja kami. Mereka adalah arkitek sebenar kejayaan GISSCO – dari perintis kepada peneraju berterusan dalam industri minyak dan gas Malaysia.”


Mengimbau Sejarah & Visi Pengasas

Majlis ini turut mengenang jasa pengasas GISSCO, Tuan Haji Mohammad Rashid, anak jati Miri, Sarawak, yang pada tahun 1975 menubuhkan syarikat ini dengan inspirasi daripada ayahnya, Haji Mohd Fahmi Vatsaloo – bekas pekerja Shell yang dihormati.

Bermula dengan perkhidmatan katering, GISSCO berkembang ke bidang pembekalan tenaga kerja, sebelum memperkenalkan perkhidmatan slickline pada 1989, yang mengukuhkan kedudukannya dalam landskap tenaga negara.

Haluan Masa Depan

Sambutan Jubli Emas ini bukan sekadar imbasan sejarah, sebaliknya penegasan visi strategik GISSCO untuk terus membina legasi, memperkukuh inovasi dan kekal sebagai pemain utama dalam sektor minyak dan gas Malaysia.

#GISSCO50Years #GoldenLegacy #JubliEmasGISSCO #MinyakDanGas #BumiputeraHebat #InovasiTenaga #AnugerahJasaSetia #CorporateTransformation #EnergyForFuture #KebanggaanMalaysia

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f