SUNGAI BULOH, 16 September 2025 – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Sri Ramanan Ramakrishnan, menegaskan bahawa program CEDAR anjuran SME Bank melalui anak syarikatnya, CEDAR, merupakan inisiatif penting dalam memperkasakan usahawan kecil dan sederhana di Malaysia.

Menurut beliau, seramai 101 peserta menyertai sesi kali ini yang memberi fokus kepada modul pendigitalan perniagaan, termasuk strategi e-invoicing, penggunaan teknologi AI, kesedaran ESG, pensijilan halal, serta pengurusan kewangan yang efisien.

“Program ini memberi peluang kepada usahawan, sama ada dalam bidang makanan sejuk beku, batik, kerepek mahupun spa, untuk membawa perniagaan mereka ke tahap digital, meningkatkan jualan dan mengurus kos dengan lebih berkesan,” jelas Ramanan dalam sidang media sempena sambutan Hari Malaysia.

Sehingga kini, 2,257 usahawan di seluruh negara telah menyertai pelbagai program CEDAR, dengan penyertaan wanita mencecah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding lelaki – 1,674 wanita berbanding 583 lelaki.

“Kita harap lebih ramai usahawan lelaki turut mengambil bahagian, kerana program ini terbukti berkesan untuk membantu mereka mendapatkan pinjaman, mengurus strategi kewangan dan menjadikan bisnes lebih efisien,” tambah Ramanan.


Sementara itu, Pengurus CEDAR, Amirul, memaklumkan bahawa pusat latihan ini telah melatih lebih 80,000 usahawan sepanjang 12 tahun penubuhannya, dan bakal dilantik sebagai ASEAN Center of Excellence for Green Transition, menjadikan Malaysia pusat serantau dalam pembangunan kapasiti hijau.

Pengerusi SME Bank, Datuk Muslim, pula menegaskan peranan SME Bank sebagai institusi pembangunan adalah untuk membantu golongan unserved dan underserved, sebelum mereka bersedia melangkah ke tahap bank komersial.

“Kami nurture usahawan dari segi pengurusan kewangan dan perancangan bisnes supaya mereka bersedia untuk bersaing di peringkat lebih tinggi,” katanya.


Ramanan turut memberi jaminan bahawa program SEDAR akan diperluas ke seluruh negara, termasuk Labuan yang menjadi satu-satunya lokasi belum menerima program ini.

#ProgramCEDAR #SMEBank #CEDARMalaysia #RamananRamakrishnan #HariMalaysia2025 #UsahawanDigital #WanitaUsahawan #AIForBusiness #ESGMalaysia #TransformasiUsahawan

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f