Oleh ANINA SAADUDIN

Saya terbaca entry Tun Mahathir tentang keadilan yang tertunda.

Saya termenung dan mengingati sejarah yang bukan setakat ditunda tetapi digantung di leher Tun Mahathir.

Mungkin akan tertunda hingga Mahsyar.

Ketika menjadi PM7, Tun Mahathir telah memenuhi janji manifesto PH mengampunkan Anwar Ibrahim.

Janji tersebut dibuat sebagai quid pro quo untuk PH setuju menamakan Tun Mahathir sebagai calon PM PRU14.

Ianya imbuhan, rasuah politik paling jijik.

Dosa hitam di tukar dengan imbuhan jawatan Perdana Menteri.

Tun Mahathir juga telah membebaskas Guan Eng dari kes rasuah tanpa perlu melalui perbicaraan.

Malah Tun Mahathir lantik perasuah yang dibebaskan ini sebagai Menteri Kewangan.

Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara sebulan selepas Tun Mahathir menjadi PM hanya untuk membebaskan Anwar, Guan Eng dan pemimpin -pemimpin PH lain.

Tommy Thomas dilantik untuk misi dendam terhadap Najib Razak.

Saya tidak pertikai keputusan Mahkamah ke atas Najib, saya pertikai keadilan tertunda selama 96 tahun tergantung di leher Tun Mahathir.

Kepada Tun Mahathir,

Saya orang muda, ajarkan saya apa erti kebenaran.

Saya mahu kebenaran, ajarkan saya apa erti keadilan.

Leave a Reply