Asal dapat penjarakan Najib sudah dikira satu kejayaan peribadi kepada Mahathir walaupun ia tiada keuntungan ‘material’ atau bawa ‘monetary benefits’ kepada rakyat.

Ini kerana Mahathir terlalu banyak agenda peribadi untuk dilaksanakan , berselindung dibelakang isu yang dicipta nya sendiri supaya rakyat terleka.

Agenda Mahathir dari dulu hingga kini semata mata berkenaan keuntungan kepada kroni , anak dan taikun2 , tiada lain.

Sekali sekala Mahathir akan keluar kenyataan prihatin berkenaan negara atau bangsa Melayu untuk ‘hoodwink’ mereka.

Namun , ia sekadar kenyataan , nasihat, peringatan , itu sahaja , kerana wang dan dana akan dialihkan kepada kroni dan ahli perniagaan dalam bentuk projek atau ‘bailout’ sebagai alat mengalihkan wang yang tidak Nampak sebagai mencuri.

Terbaru, Mahathir mula membuat kenyataan pembetulan terhadap pendirian nya terhadap isu memenjarakan Najib Razak.

Mungkin Mahathir cuba ‘tone down” kerana melihat gelombang rakyat yang maki hamun dan simpati terlalu ramai.

Gelombang kebencian terhadap apa yang terjadi terhadap Najib Razak terutama nya bab menzalimi dan penganayaan mungkin bukan yang Mahathir jangka kan

Namun , itu lah yang terjadi.

Dengan respon masyarakat tidak menyebelahi Mahathir , maka Mahathir cuba mencari jalan untuk meredakan keadaan dengan konon nya dia tidak patut disalahkan , sebaliknya Najib yang patut disalahkan.

Sedangkan ramai rakyat sudah tidak sebodoh dulu dan mereka lebih peka dengan laporan alternatif apa sebenar nya yang terjadi dalam mahkamah.

Mereka sudah mengetahui bahawa pihak pembela dihalang membawa bukti baru dibahaskan dalam mahkamah.

Mereka juga sudah tahu Hakim diganti dengan hakim lain semata mata untuk membaca skrip hukuman.

Selain itu , saksi pula ramai datang dari kalangan penerima rasuah Tim Leisnner yang diugut jadi saksi membaca skrip pro Pendakwa.

Tambah lagi saksi pendakwa tiada bukti material atau dokumen selain kenyataan air liur sahaja.

Malah ada kenyataan saksi bercerita tentang Jho Lo begitu begini namun jho Lo tiada didalm mahkamah untuk ‘verify’ kenyataan saksi.

Jika ada saksi menyatakan Jho Lo pernah meliwat CEO 1MDB pun akan diterima agaknya kerana Jho Lo tidak ada dalam mahkamah untuk mengiyakan atau menafikan.

Cuba lihat saksi bernama Ung Su Lin seperti dibawah ini :-

Kenyataan air liur nya diterima bulat2 tanpa ada pembuktian , tapi pembela bawa ‘hard evidence ‘ ditolak.

Rumusan bagai semua perkara diatas , adalah Mahathir seolah olah ‘panik’ apa bila ‘result’ yang dimahu nya tidak menjadi, tiada rakyat menyokong Najib dipenjarakan selain mereka yang sebelum dengar kes pun sudah dipedayakan .

Dengan PRU15 semakin hampir, Mahathir risau majoriti yang marah ada lah orang Melayu sedang kan orang Melayu lah yang Mahathir cuba ‘pancing’ undi melalui badut nya PERKASA dan PARTI PUTRA.

Sumber : whatsapp

Leave a Reply