KUALA LUMPUR – “Kalau Awang tak bangun dulu, maknanya badan kita tak sihat,” demikian kata Prof Ir Dr Zainal Aripin Zakariah, Pengamal Perubatan Tradisional terkenal yang sering mengupas isu kesihatan lelaki secara ilmiah namun bersahaja.
Menurut beliau, kemampuan “awang” atau tenaga dalaman lelaki berfungsi lebih awal berbanding tubuh fizikal merupakan petunjuk kesihatan menyeluruh — bukan sekadar dari aspek fizikal, tetapi juga mental.
“Kalau lelaki itu sihat mental dan fizikal, memang ‘awang’ bangun dulu. Tapi kalau Pak Mat lambat atau tak bangun langsung, itu tanda awal penyakit — sama ada mental atau fizikal,” katanya.
Tanda Awal Sakit yang Ramai Lelaki Abaikan
Prof Zainal menjelaskan bahawa antara faktor fizikal yang menyebabkan penurunan tenaga lelaki termasuklah kelemahan jantung, buah pinggang yang terjejas, serta keletihan akibat penuaan.
Manakala dari segi mental, tekanan seperti bebanan hutang, stres kerja atau kehilangan motivasi juga menjadi punca utama.
“Kalau tenaga minda habis di tempat lain, badan pun akan ikut lemah. Jadi dua-dua kena jaga — fizikal dan mental,” tambah beliau.
Rawatan Gabungan Urutan dan Ubat Homopati
Beliau turut berkongsi bahawa kliniknya menawarkan pendekatan holistik yang menggabungkan rawatan urutan tradisional dan ubat homopati, kerana menurutnya, urutan sahaja tidak cukup untuk menguatkan urat dan sistem dalaman.
“Kalau urat dah lembik, urut tak akan menguatkan. Kita kena bantu dengan ubat yang sesuai. Sebab itu saya satukan rawatan urut dan ubat homopati,” jelasnya.
Bahaya Suplemen Tidak Diperakui – Boleh Rosakkan Buah Pinggang
Prof Zainal turut memberi amaran keras kepada pengguna suplemen kesihatan yang tidak diketahui kandungannya, terutama yang dijual tanpa kawalan atau hanya untuk keuntungan.
“Ada orang buat suplemen kerana Allah, tapi ada juga buat sebab nak untung. Banyak yang sorok kandungan sebenar. Saya dah tengok sendiri kes – pesakit saya makan suplemen, akhirnya rosak buah pinggang dan terpaksa dialisis,” katanya.
Beliau menegaskan bahawa penggunaan suplemen secara sembarangan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, racun seluruh badan, dan gangguan fikiran.
Perkhidmatan Video Call & Temujanji Mudah
Mengadaptasi teknologi semasa, Prof Zainal kini memperkenalkan sistem temujanji video call bagi memudahkan pesakit mendapatkan konsultasi awal tanpa perlu hadir ke klinik.
“Kalau saya rasa perlu, kita akan teruskan dengan rawatan berdepan. Tapi video call ini sangat membantu kurangkan kos dan masa,” jelasnya.
Beliau menutup perbualan dengan pesanan:
“Jagalah ‘Pak Mat’ anda dengan cara yang betul, bukan dengan ubat segera atau suplemen yang tidak diketahui asal-usulnya. Kesihatan lelaki mencerminkan kekuatan minda dan fizikal seseorang.”
#KesihatanLelaki
#ProfZainalAripin
#AwangBangunDulu
#KesihatanMentalFizikal
#UbatTradisional
#BahayaSuplemen
#RawatanHomopati
#KlinikTradisional
#BuahPinggangRosak
#GayaHidupSihat
