Oplus_16908288

KUALA LUMPUR – Fibroid dan cyst kini bukan lagi penyakit asing bagi wanita, malah ramai yang belum berumah tangga turut menghadapinya. Namun menurut Prof Ir Dr Zainal Aripin Zakariah, Pengamal Perubatan Tradisional, pendekatan rawatan yang hanya menumpukan kepada pembedahan membuang ketumbuhan itu bukanlah penyelesaian sebenar.

Beliau menjelaskan bahawa dalam banyak kes, pembedahan hanya menghapuskan “buah dan dahan”, sedangkan punca sebenar penyakit itu berpunca daripada “akar” yang masih kekal dalam tubuh.

“Kita buang cyst atau fibroid itu ibarat potong ranting dan buah. Masalah sebenar bukan di situ — ia pada tanah dan akar. Dalam rawatan homeopati, kami mencari punca di akar, dan membetulkan persekitaran akar itu supaya tubuh kembali seimbang,” jelasnya.

Tambahnya lagi, rawatan homeopati tidak memusnahkan bahagian tubuh yang terjejas, sebaliknya berfungsi mengecutkan fibroid atau cyst secara semula jadi sehingga kembali kepada keadaan asal.

“Fibroid itu sebahagian daripada badan kita. Pada satu ketika, ia baik. Bila ia mula ‘memberontak’, barulah jadi masalah. Jadi bukan buang, tapi kecutkan — bila dah sihat, dia susah nak datang balik,” katanya.

Menurut Prof Zainal, pendekatan menyeluruh yang melihat tubuh sebagai satu sistem yang saling berkait dapat membantu mencegah penyakit daripada berulang, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pembedahan invasif.

#Fibroid #KesihatanWanita #Homeopati #PerubatanAlternatif #ProfZainalAripin #RawatanSemulaJadi #Cyst #KesihatanHolistik #KecutBukanBuang #WanitaSihat

Leave a Reply