Kerajaan sewajarnya sudah siap sedia dengan Pelan Pemulihan Bencana Negara (atau National Disaster Recovery Plan) sebaik sahaja Mala Petaka Bencana Banjir besar berlaku empat hari lalu hampir diseluruh negara.
Tindakan menyelamat terlalu lambat sehingga menyebabkan NGO secara besar besaran diseluruh negara turun membantu. Jika Pelan Pemulihan Bencana Negara sudah siap tersedia banyak kesulitan dan kesengsaraan mangsa banjir dapat diatasi secepat mungkin.
Banjir tahun ini akan memberi kesan yang lebih buruk kerana ia berlaku dimusim Coronavirus Wuhan dan Variant Variant baru masih berkeliaran.
Rakyat Malaysia memang sudah lazim dengan banjir setiap hujung tahun dan tiap tiap tahun ia akan lebih buruk dari tahun tahun sebelumnya.
Tapi malangnya kerajaan tidak membuat pencerahan dan persediaan Pelan Pemulihan Bencana Negara lebih awal dan secara terbuka supaya semua rakyat diberi maklumat yang jelas, sistematik dan terbuka.
Pelan Pemulihan Bencana harus diberi pendekatan kepada orang ramai, NGO NGO dan mangsa supaya semua penyelarasan dapat dibuat secara teratur.
- Struktur penerangan tata kerja secara tersusun, step 1, step yang ke dua, ketiga dan seterusnya, mengikut penyelesaian terbaik, dapat dirancang serta merta.
- Pelan Pemulihan Bencana merupakan bahagian penting dalam pelan kesinambungan pemulihan bencana mengunakan infrastruktur IT untuk data dan fakta supaya dapat diakses oleh orang ramai dan NGO bagi tujuan membantu secara berprestasi selepas insiden, walaupun jika ia beroperasi pada tahap minimum.
- Pelan langkah demi langkah untuk meminimumkan kesan bencana supaya organisasi boleh terus beroperasi menjalan misi dengan cepat.
- Lazimnya, perancangan pemulihan bencana melibatkan analisis proses mengikut keperluan.
- Sebelum menjana pelan terperinci, kerajaan mesti melakukan analisis impak dan analisis risiko, dan ia menetapkan objektif pemulihan.
Pengumuman Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara dan susulannya mengenai peruntukan & dana bagi membantu mangsa banjir yang diadakan semalam amat mengecewakan.
Pertama mesyuarat tindakan banjir dibentangkan diadakan terlalu lewat. Kesengasaraan, kekecewaan, kelewatan membantu dan menyelamatkan mangsa.
NGO-NGO telah memberi bantuan from Day One sebab bantuan kerajaan terlalu slow dan aset aset tidak mencukupi. Tiba tiba malam tadi kerajaan menyekat dan menghalang Ngo Ngo yang bersusah payah untuk menyediakan dan memberi bantuan.
Ada Pertubuhan dan Individu bersusah payah berusaha mendapatkan boat dari Utara, Selatan dan dari merata tempat, travel ke Kuala Lumpur untuk membantu.
Semua ini sepatutnya kerajaan wajar berterima kasih kepada NGO NGO dan Individu yang membantu kerana kerajaan tidak dapat mencukupan bantuan secepat mungkin.
Kedua, peruntukan Dana pemulihan dan bantuan yang terlalu kecil. Kerosakkan harta benda, kehilangan nyawa dan harta benda, mungkin beratus rumah yang lenyap terus, dijangka anggaran kerugian mencecah berbillion ringgit.
Dana Pemulihan RM100 million dan pemberian awal RM 1,000 terlalu kecil untuk memulihkan tempat kediaman dan memulihkan perniagaan.
Mangsa mangsa diseluruh negara mungkin mencecah 62,000 orang, dan untuk membersihkan dan ada beratus yang perlu membina semula tempat kediaman, dan kerugian stok stok perniagaan, ternakan ternakan dan tanaman, memerlukan Dana yang lebih besar sekurang-kurangnya RM1 Billion
Ketiga, Dana dana tersebut mesti di beri secepat mungkin dan. bukannya dalam beberapa bulan.
Keempat permohonan dana untuk memulakan perniagaan terlalu kecil. Dan seterusnya tindakan menebuk benteng untuk mengalirkan air keluar sepatutnya dibuat lebih awal.
Hari ini, kita lihat terlalu banyak fikus berkeliaran, tahi dan kotoran terapong yang mungkin akan menyebabkan penyakit. Kerajaan Negeri Selangor yang antara negeri terkaya dalam Malaysia, KKM dan NADMA gagal membuat perkiraan dan perancangan lebih awal, menyebab urusan menyelamat tidak dapat dibuat lebih awal.