Oplus_16908288

KUALA LUMPUR, 24 November 2025 — Peguambela Dato’ Sri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah menyatakan keyakinannya terhadap kekuatan hujah pihak pembelaan berkaitan isu Titah Adendum, sambil menegaskan bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dianggap sebagai isu pengampunan.

Bercakap kepada media selepas prosiding, beliau berkata kes pembelaan adalah “sangat kukuh”, namun memilih untuk tidak mengulas terlalu panjang memandangkan keputusan masih menunggu hakim.

Menurut Shafee, hujah utama pihak responden ialah addendum tidak dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan. Tetapi beliau menegaskan bahawa addendum mengenai tahanan di kediaman (home imprisonment) bukan sebahagian daripada kuasa pengampunan.

“Home imprisonment bukan perkara pengampunan. Ia adalah respite, satu bentuk kelonggaran — bukan pengurangan hukuman. Ia tidak perlu dibawa ke Lembaga Pengampunan. Yang di-Pertuan Agong boleh membuat keputusan itu sendiri,” katanya.

Shafee menambah bahawa ramai tidak menyedari perbezaan antara tiga konsep utama dalam undang-undang: pardon, respite dan reprieve — yang menurutnya, belum pernah dihujahkan sedemikian sebelum ini.

“YDPA tidak boleh dibawa ke mahkamah”

Menjawab soalan wartawan berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Shafee menegaskan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Seri Paduka Baginda mempunyai imuniti penuh daripada tindakan undang-undang.

“Di bawah Seksyen 32, Baginda tidak boleh disaman atau dibawa ke mana-mana mahkamah kecuali jika Baginda melakukan kesalahan peribadi — itu pun hanya melalui Mahkamah Khas Raja-Raja,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa sesiapa pun tidak boleh mempersoalkan kuasa atau imuniti YDPA.

Permohonan tarikh keputusan lebih awal

Shafee juga berkata pihaknya akan memohon kepada hakim agar keputusan dapat dipercepatkan sebelum tarikh 5 haribulan Januari 2026 seperti yang dijadualkan.

“Esok kami cuba mohon tarikh lebih awal. Kita usaha,” katanya.

#NajibRazak #TitahAdendum #ShafeeAbdullah #IsuPengampunan #KeputusanMahkamah #Perlembagaan #ImunitiYangDiPertuanAgong #AATVNews #IsuSemasaMalaysia #PolitikMalaysia

Leave a Reply