KUALA LUMPUR  — Ketua Penerangan UMNO Cawangan Presint Jasa, Dr. Azam Rauzan, tampil menjelaskan maksud sebenar kenyataannya bahawa Datuk Seri Najib Razak adalah ‘penawar’ untuk UMNO, sambil menegaskan isu tersebut perlu dilihat dalam konteks kehakiman, persepsi rakyat dan hala tuju parti.

Menurut Dr. Azam, beliau berhati-hati untuk mengulas kes Najib kerana ia melibatkan mahkamah dan bimbang kenyataannya disalah tafsir sebagai menghina proses perundangan. Namun, beliau menegaskan bahawa terdapat banyak perkara “hearsay” yang digunakan dalam proses kes tersebut.

“Kes Najib ini… keratan akhbar pun diterima pakai. MalaysiaKini pun diterima pakai. Jadi saya takut nak komen nanti orang kata saya menghina,” katanya.


Dr. Azam turut menyifatkan Najib sebagai “kambing hitam”, sambil mempersoalkan status pelarian Jho Low serta perbandingan dengan beberapa kes berprofil tinggi lain.

Beliau menambah, isu keadilan perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan bersifat selektif.

“Najib bagi saya bukan nakkan kebebasan. Dia nakkan keadilan. Itu yang kita tunggukan.”


Najib Sebagai Ikon Penyatuan

Dr. Azam berkata, apabila beliau menyebut Najib “penawar”, ia bukan bermaksud Najib akan kembali menjadi Perdana Menteri.

Sebaliknya, beliau melihat Najib sebagai inspirasi dan simbol penyatuan rakyat, khususnya dalam mengembalikan kekuatan Barisan Nasional.

“Najib adalah ikon penyatuan untuk transformasi baru dalam Barisan Nasional. Ramai yang takut dengan kebangkitan semangat ini.”


Menurutnya, ada pihak politik yang bimbang terhadap kemungkinan perubahan besar jika Najib mendapat keadilan sepenuhnya.

Beliau turut menzahirkan keyakinannya bahawa di bawah kuasa dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, masa depan Najib akan terbela.

“Saya Bercakap Dari Hati, Bukannya Arahan Sesiapa”

Dr. Azam menegaskan bahawa beliau bercakap atas kapasiti akar umbi dan bukan mewakili sesiapa.

“Saya ni akar umbi. Nobody ask me to talk but I talk from my heart.”


Beliau turut menjangkakan bahawa sebelum Pilihan Raya Umum akan datang, Najib akan dibebaskan, selaras dengan keyakinannya terhadap proses semakan dan keadilan.

#AATVNews #IsuNajib #UMNO2025 #BarisanNasional.#KeadilanUntukNajib #DrAzamRauzan #PolitikMalaysia #SuaraAkarUmbi #PRU16 #ReformasiBN

Leave a Reply