KUALA LUMPUR, 2 Disember 2025,— Aktivis Sosial merangkap Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara, Dato’ Dr Kalaivanar, menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sekiranya cadangan itu dikemukakan mana-mana pihak.
Dalam sesi bersama media, beliau ditanya sama ada bersedia berdebat dengan pemimpin berkenaan.
“Sedia. I’m always ready to debate with Anthony Loke. Biarpun dia siapa, you pun ada IC, saya pun ada IC. I’m ready to debate with Anthony Loke — anytime, anywhere. You name the place, I will come,” katanya dengan tegas.
Wartawan turut bertanya sama ada beliau bersedia jika tajuk perdebatan berkait isu lori, dipercayai merujuk kepada kontroversi dan dakwaan tertentu yang pernah dibangkitkan pelbagai pihak.
Dengan nada yakin, Dato’ Dr Kalaivanar menjawab,
“Boleh. No problem.”
Kenyataan ringkas namun lantang itu mencetuskan perhatian media dan warganet, terutama dalam suasana politik yang semakin panas dengan pelbagai isu membabitkan keselamatan jalan raya, integriti pentadbiran, serta kebajikan penggiat industri logistik.
#Kalaivanar #AnthonyLoke #DebatTerbuka #IsuLori #AATVNews #IsuSemasaMalaysia #PolitikMalaysia #DebatAnywhereAnytime #SuaraAktivis #DialogRakyat