KUALA LUMPUR, 4 Disember 2025 — Aktivis sosial, Dato’ Dr Kalaivanar dari Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara hari ini membuat laporan serius terhadap Toyota Capital berhubung tindakan repossesi dan pelaruhan semula sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux milik rakyat biasa, yang didakwa berlaku secara sewenang-wenang walaupun ansuran telah dibayar.

Menurut beliau, Hilux berkenaan dibeli secara sewa beli pada Oktober 2024 dan peminjam telah membayar secara konsisten — termasuk bulan Mei, Jun dan Julai 2025 — sebelum didakwa repossessi. Namun pada 18 Jun 2025, dua individu dipercayai “penarik kereta” datang ke rumah ahli keluarga peminjam tanpa menunjukkan kad kuasa atau surat repossesi, lalu menarik dan mengalih kenderaan itu ke stor tanpa kebenaran peminjam.

“Adik pemilik yang menggunakan kenderaan waktu itu langsung tidak dibenarkan memeriksa apa-apa dokumen. Mereka terus tarik, paksa masuk kereta dan hantar ke stor,” kata Dr Kalaivanar. Tindakan itu didakwa dilakukan walaupun peminjam telah membuat pembayaran ansuran.

Apabila peminjam datang ke stor, mereka mendapati barangan peribadi di dalam kenderaan sudah hilang, dan kenderaan dikatakan telah dilelong. “Ini bukan sahaja menjejaskan hak peminjam, tetapi menindas golongan B40 yang hanya berusaha membayar secara jujur,” tambah beliau.

Beliau mendesak Toyota Capital supaya — dengan serta-merta — memulangkan semula Hilux berkenaan, membatalkan lelong, dan membatalkan sebarang penukaran nama sehingga proses repossesi dijalankan secara sah dan adil.

Dr Kalaivanar turut menyeru agar Bank Negara Malaysia campur tangan dan membentuk pasukan siasatan khas bagi menangani aduan repossesi tidak wajar. “Jangan biarkan kewangan dan undang-undang diperalatkan untuk menindas rakyat,” ujarnya.

Sekiranya tuntutan tidak dipenuhi dalam tempoh 24 jam, Sekretariat Bahana Kesetiaan Negara berjanji untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran depan ibu pejabat Toyota Capital dan seterusnya ke Bank Negara — dengan penyertaan semua mangsa yang mendakwa tertindas.

Peminjam dan kumpulan aktivis menyeru supaya pihak polis dan pihak berkuasa kewangan memberi perhatian serius kepada kes ini, agar keadilan dan perlindungan pengguna terjamin.

#RepossessedKes #KeadilanB40 #ToyotaCapital #PelindungPengguna #BankNegaraKita #StopSamsengKewangan #BatalLelong #HakPeminjam #SewaBeliAdil #SelamatkanRakyat

Leave a Reply