PUTRAJAYA, 23 Februari 2026 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) hari ini menganjurkan Majlis Iftar Ramadan di Putrajaya sebagai platform tahunan bagi mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga kementerian, agensi serta pemegang taruh, di samping menghayati keberkatan bulan Ramadan yang mulia.

Program tersebut diserikan dengan kehadiran Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Ali Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan, yang menyampaikan tazkirah selama 30 minit. Dalam pengisian ringkas namun bermakna itu, beliau menegaskan bahawa Ramadan merupakan medan terbaik untuk memperbaiki diri serta membentuk peribadi yang lebih baik melalui pengukuhan nilai disiplin, kesabaran dan keikhlasan.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong, berjumlah RM18,000 daripada KUSKOP dan agensi di bawahnya kepada Rumah Bakti Al Kausar.

Selain itu, beliau turut menyerahkan sumbangan wang tunai RM10,000 serta barangan keperluan asas termasuk makanan kepada 20 orang anak yatim dari rumah kebajikan berkenaan sebagai tanda keprihatinan kementerian terhadap golongan memerlukan.
Menurut kenyataan KUSKOP, kementerian akan terus memperluas peranannya dalam memperkasa usahawan dan koperasi demi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Penganjuran Majlis Iftar ini mencerminkan komitmen berterusan KUSKOP dalam menghayati nilai Ramadan melalui pengukuhan kebersamaan serta tanggungjawab sosial.
Hebatkan Perniagaan Malaysia.
#RamadanKUSKOP!#BeritaAATV #IftarPutrajaya #StevenSim #MuftiWilayahPersekutuan #PrihatinSosial #SantuniAnakYatim #Ramadan2026 #HebatkanPerniagaanMalaysia #BeritaSemasa