default
KUALA LUMPUR, 7 Mei 2026 – Hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan Wilayah Shandong, China bakal diperkukuh menerusi penganjuran China (Shandong) – Malaysia Brands Exhibition & Trade Fair yang dijadual berlangsung di Malaysia dari 22 hingga 24 Mei 2026.
Pameran perdagangan itu dianjurkan sebagai platform strategik bagi memperluas kerjasama dua hala, khususnya dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi, produk pengguna dan pembangunan industri antara Malaysia dan Shandong.
Menurut kenyataan penganjur, ekspo tersebut diadakan di bawah panduan Department of Commerce of Shandong Province dan dijangka menghimpunkan kira-kira 100 perusahaan terkemuka dari Shandong, China, melibatkan sekitar 260 delegasi perniagaan.

Penganjuran ini turut bakal mempertemukan syarikat Malaysia, pemain industri, pelabur serta pihak berkepentingan dalam usaha membuka ruang kerjasama baharu yang lebih luas antara kedua-dua negara.Antara sektor utama yang akan diketengahkan termasuk pembuatan peralatan, pertanian moden, tenaga baharu dan bahan termaju, makanan serta barangan pengguna premium yang mencerminkan kekuatan industri dan inovasi Shandong.

Pada masa sama, ekspo ini turut membuka peluang kepada produk istimewa Malaysia untuk menembusi pasaran Shandong serta pasaran China yang lebih besar, sekali gus memberi manfaat kepada usahawan tempatan yang mahu mengembangkan jaringan eksport.
Hubungan ekonomi dan perdagangan antara China dan Malaysia sejak sekian lama dilihat kekal erat, manakala Shandong pula memainkan peranan penting sebagai antara wilayah ekonomi utama di China.

Penganjur berkata, ekspo tersebut diharap dapat memperkukuh hubungan dua hala, meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan, serta mencipta peluang kerjasama baharu merentas pelbagai sektor industri.
Selain aktiviti perniagaan, ekspo berkenaan juga akan dibuka kepada orang ramai dengan pelbagai pameran produk, elemen budaya dan pengalaman interaktif untuk pengunjung.

Lebih menarik, pengunjung turut berpeluang menyertai cabutan bertuah, manakala 300 pengunjung terawal setiap hari akan menerima cenderahati khas.
Antara tetamu sidang media yang hadir termasuk Mr Wang Dawei, General Director of China-SCO Sci-Tech Innovation Cooperation Malaysia Center; Mr Li Cheng, General Manager of Lanhua Group Southeast Asia; Ms Winnie Ng, Head of Culture and Tourism, Malaysia Center of China-SCO Science and Technology Innovation Cooperation Center; serta Mr Feng Canmou, Head of the Halal Food Festival at the Exhibition merangkap Vice President of the Xinjiang Chamber of Commerce.
Penganjuran China (Shandong) – Malaysia Brands Exhibition & Trade Fair dijangka menjadi penanda aras baharu kerjasama ekonomi serantau antara China dan Malaysia, selain menyumbang momentum segar kepada pembangunan berkualiti tinggi di bawah inisiatif Belt and Road Initiative serta pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan bersama.
#AATV #ShandongMalaysiaExpo #MalaysiaChinaTrade #PeluangPerniagaan