{"source_type":"vicut","data":{"client_key":"aw889s25wozf8s7e","source_type":"vicut","source_platform":"mobile_2","appVersion":"19.8.0","enterFrom":"new_image","os":"android","product":"vicut","editType":"image_edit","region":"MY","picture_id":"VE2TNZGU-6D69-7FUG-60OZ-UAQY14VNXFYL","pictureId":"VE2TNZGU-6D69-7FUG-60OZ-UAQY14VNXFYL","capability_name":"capcut_photo_editor"},"tiktok_developers_3p_anchor_params":"{"client_key":"aw889s25wozf8s7e","source_type":"vicut","source_platform":"mobile_2","appVersion":"19.8.0","enterFrom":"new_image","os":"android","product":"vicut","editType":"image_edit","region":"MY","picture_id":"VE2TNZGU-6D69-7FUG-60OZ-UAQY14VNXFYL","pictureId":"VE2TNZGU-6D69-7FUG-60OZ-UAQY14VNXFYL","capability_name":"capcut_photo_editor"}"}
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Khas Siasatan Berkaitan Isu Jenayah Kewangan bagi menetapkan keanggotaan, skop, serta parameter siasatan secara menyeluruh.
Penubuhan jawatankuasa khas ini adalah susulan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 20 Oktober lalu.
Mandat tersebut mengamanahkan AGC untuk menerajui siasatan berkenaan dengan kerjasama rapat daripada pelbagai agensi penguatkuasaan utama negara.
Mesyuarat julung kali itu dipengerusikan oleh Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
Menurut kenyataan AGC, Jawatankuasa Khas Siasatan bakal meneliti susur galur isu jenayah kewangan berkenaan dari peringkat awal sehingga kini.
“Siasatan akan dijalankan secara telus, komprehensif, dan bebas tanpa terbatas kepada mana-mana individu atau syarikat tertentu, sebaliknya bersandarkan sepenuhnya kepada fakta dan bukti yang diperoleh.
“Laporan hasil siasatan yang merangkumi kerjasama pelbagai agensi ini akan dibentangkan terlebih dahulu kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut, sebelum dimaklumkan kepada umum,” menurut kenyataan itu.
Kata kenyataan itu lagi, langkah ini menegaskan komitmen kerajaan dan agensi penguatkuasaan dalam memastikan keseluruhan proses siasatan dilaksanakan secara bertanggungjawab dan telus demi kepentingan awam.