KUALA LUMPUR, 7 JAN – Cherry Mart, sebuah syarikat pemilikan penuh bumiputera dimiliki oleh Amatera Sdn Bhd membuka cawangan perdananya secara rasmi di Kajang, Selangor hari ini.

Pengurus Cawangan Cherry Mart, Hasrul Hisham berkata, pasar raya berkonsepkan pasar basah, kombinasi dengan citarasa kampung berberhawa dingin itu menjual pelbagai makanan laut segar, termasuk daging dan ayam halal dengan proses penyembelihan mengikut syarak, termasuk sayur-sayuran yang segar dari ladang.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan, Cherry Mart cukup unik kerana ia turut menawarkan barangan untuk masakan Thai dan Pantai Timur yang cukup digemari rakyat Malaysia”.

Menurut Hasrul. Cherry Mart menjanjikan persekitaran dan suasana yang selesa, di mana keunikan Cherry Mart ini bukan sahaja terletak pada harganya yang berpatutan, tetapi juga khidmatnya yang efisyen dikenali sebagai “Potong, Bungkus, Hantar, bagi yang mahukan penghantaran terus depan pintu rumah.

Bagi penduduk sekitar Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Nilai boleh mendapatkan khidmat penghantaran ini bermula 15 Jan 2022, menerusi website www.cherrymart.com.my atau boleh hubungi talian mesra pelanggan kami di 017-789 7787.

“Bersempena pra-pembukaan Cherry Mart juga, kami telah memperkenalkan promosi RM1.97 untuk setengah ekor ayam segar bermula 21 hingga 23 Disember 2021 yang lalu bagi sama-sama membantu mereka yang terkesan akibat pandemik dan musibah banjir,” katanya.

CherryMart juga berkolaborasi dengan gerak kerja misi bantuan banjir, terutama bagi membekalkan air mineral ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

Tidak sekadar mengejar keuntungan semata-mata, Cherry Mart turut mengetengahkan konsep “Membeli Sambil Berinfaq”.

Melalui konsep ini, pada hari tertentu barangan basah akan diagihkan kepada Madrasah dan Sekolah Tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat, jelasnya yang menyasar untuk membuka 10 lagi cawangan Cherry Mart pada 2022.

Kesan penularan wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu ternyata memberi tamparan yang hebat kepada ekonomi negara dan dunia amnya.

“Ketika ribuan syarikat terpaksa menutup perniagaan, Cherry Mart berharap kehadirannya dalam industri peruncitan negara akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua tidak kira latar bangsa dan agama dan sekali gus membantu merancakkan kembali ekonomi negara,” tambah Hasrul.

Yakin bahawa rezeki sama untuk dikongsi dan berpegang dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain, CherryMart sangat mengharapkan doa dan sokongan orang ramai untuk terus memenuhi fardu kifayah berniaga, bersilaturahim dan berinfaq.

Cawangan terbaru Cherry Mart terletak di 13-G, Jalan Putra 2. Taman Kajang Putra, Kajang Selangor. Majlis perasmian dijadual berlangsung hari ini, 7 Januari (Jumaat) pada jam 5 hingga 6.30 petang.

Mengenali Cherry Mart dengan lebih dekat merangkumi produk dan perkhidmatannya bolehlah layari Facebook Page: Cherry Mart dan Instagram @cherrymartmalaysia

Leave a Reply