Seramal 200 golongan B40, warga emas dan miskin akan tersenyum gembira dan diraikan sempena Tahun Harimau, Tahun Baru Cina. Sumbangan berbentuk duit Ang Paw dan makanan diagihkan kepada semua penduduk yang berkelayakkan tanpa mengira bangsa di Taman Sri Sinar Segambut. Daripada jumlah itu, 100 penerima akan menerima tajaan tiket balik kampong bagi membantu masyarakat Cina menikmati keceriaan di tahun Harimau ini.
Pemberian bantuan ini berjumlah RM100,000 adalah daripada Pengerusi Zon Parlimen Segambut MCA, Datuk Daniel Ling Sia Chin.
Datuk Daniel berkata, sumbangan Ini adalah kerana beliau mahu berkongsi kegembiraan kepada masyarakat kerana beberapa bulan setelah tamat PKP, semua sedang berusaha yang terbaik untuk diri dan keluarga.
Baharu dua bulan PKP tamat, rakyat sekali lagi diuji bencana banjir dan tanah runtuh, ramai hilang harta, rumah dan nyawa.
Satu perkara penting kita belajar daripada tragedi adalah menghargai dan mensyukuri jiran penduduk sekitar kita, merekalah orang pertama hulur bantuan, yang pertama gadai nyawa dalam situasi gelap, kelaparan, kehilangan dan ketakutan.
Dalam kehilangan, kita belajar hargai pernah dirahmati makanan sedap, pakaian, tempat tinggal.
Semua itu sudah tinggal sejarah, tetapi kerana sejarahlah kita belajar untuk survive, kuat, berani menghadapi kehidupan, keluar dari kemiskinan dan yang paling penting memilih pemimpin yang tepat untuk mewakili hak kita.
Menurut astrologi China, tahun 2022 adalah tahun Macan Air iaitu simbol kekuatan, perlindungan, kepekaan, kepimpinan, kepercayaan diri, keberanian dan simbol kepahlawanan dalam melawan kejahatan serta kesusahan.
Tahun ini akan dipenuhi optimisme, keberuntungan, peluang positif, dan kemakmuran, inilah yang kita harapkan.
Dua tahun masyarakat Cina tidak boleh menikmati perayaan kerana PKP. Harapan kita adalah kemakmuran Tahun Harimau akan berterusan, ekonomi rakyat akan pulih dan pembangunan negara akan terus berkembang.