SELAYANG BARU, 23 Januari 2022 – Tunas Fresh & Frozen Foods hari ini telah pun dilancar dan disempurnakan oleh Major Haji Aziz bin Haji Mohd Yasin dan Dato Mohd Ridzuan Abdullah di outlet barunya.
Menurut Pengarah Urusan Tunas Bumi Jaya, Major Haji Aziz bin Haji Mohd Yassin, pemilihan produk makanan sejuk beku di outlet Tunas Fresh & Frozen Foods ini adalah mengikut standard dan kualiti yang terbaik.
“Di sini ada pelbagai koleksi makanan sejuk beku yang halal, kualiti dan milik bumputera, siap dipotong, dan mudah untuk dimasak.
“Servis penghantaran juga meliputi seluruh kawasan di Malaysia, namun tertakluk pada caj-caj seperti cas penghantaran, dan lain-lain.
“Pengguna kami banyak dari pengguna isi rumah dan juga peniaga-peniaga yang beli secara pukal. Untuk daerah berdekatan Selayang Baru boleh juga membeli melalui perkhidmatan aplikasi talian yang masih dalam proses pendaftaran seperti Grab, namun pada waktu ini, boleh dihubungi melalui pesanan telefon.
“Keunikan kami terletak di makanan sejuk beku kami, yang segar, dan telah dipotong, dan mudah untuk terus dimasak.”
Selain produk yang berkualiti dan halal, kami juga menjual 80% daripada produk keluaran bumiputera.
“Harapan kami dalam tempoh 10 tahun akan datang adalah dengan menambah lagi cawangan-cawangan kedai seluruh negara.
“Selain itu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada Encik G. Silvakumar yang sudi memberikan kadar sewa rendah kepada kami.
“Jika anda tahu, kos untuk pembukaan kedai, bukannya murah, modal permulaan kami sehingga 500 ribu.
“Jika ada yang berminat untuk berkolaborasi, namun harus penuhi syarat seperti sijil, aspek kualiti tinggi, baru dapat dimasukkan di kedai. Boleh hubungi kami di 03-6127 4255/012-355 0196,” katanya.
Hadir bersama hari ini, Presiden IKHLAS Malaysia, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah yang turut menyokong perniagaan yang diusahakan oleh Tunas Fresh & Frozen Food ini.
“Sebagai Presiden IKHLAS Malaysia, IKHLAS Malaysia akan sentiasa memberikan khidmat nasihat dan pandangan berguna kepada usahawan-usahawan PKS dalam menjayakan perniagaan mereka.
“Jika kita lihat, ini waktunya bumiputera perlu buka kedai masing-masing, dan membeli produk dari peniaga bumiputera kerana di pasaraya-pasaraya besar, produk usahawan bumiputera dipinggirkan dek kerana karenah biokrasi.
“Perlu hapuskan tindakan biokrasi dalam penjualan AP daging-daging dan tindakan yang hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja.
“Untuk mendapatkan ayam dan daging segar yang dijamin halal sangat susah, kerana itu sebabnya tertubuh Tunas Fresh & Frozen Food.
“Harapan saya, peniaga jangan memulakan perniagaan dengan modal yang terlampau besar, bermula kecil-kecilan dahulu, baru berkembang setelah maju,” ujarnya.
Tunas Fresh & Frozen Foods juga menyediakan makanan sejuk beku yang berkualiti tinggi seperti ayam segar, ayam potong, thigh, wing, kaki, rusuk, dan tongkeng ayam.
Dalam pada itu, pelbagai pilihan potongan daging seperti Australian Lamb Boneless, Beef Strilion dan Lamb Rack dan lain-lain.
Selain itu, makanan sejuk beku ‘ready to eat’ seperti samosa, mini murtabak, karipap, chicken finger, popcorn, sate, roti paratha, roti boom, cheese carbonara springroll, ayam dan kambing perap, bebola, dim sum.
Jenama premium dan kualiti seperti Peladang, CP, ESiR, Tisha’s, A&J Grill Western, Al-Baity Food Sdn Bhd, Hikmah, dan Aishah Fresh & Frozen boleh didapati di Tunas Fresh & Frozen Foods di lokasi yang bertempat di 24, Jalan 3/5, Bandar Baru Selayang
Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai promosi terkini outlet ini, boleh layari di laman Facebook Tunas Fresh Frozen Foods dan laman sesawang www.tunasbumijaya.com atau boleh menghubungi kami di talian 03-6127 4255/012-355 0196.