KUALA LUMPUR, 24 JANUARI 2022- Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) berjaya membantu usahawan menyesuaikan diri serta meneruskan perniagaan dengan norma baharu melalul 2 program bimbingan iaitu INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) dan Online Onboarding Coaching Programme (E-Board). RM9.8 Juta peningkatan hasil jualan serta 256 pekerjaan baharu berjaya dicipta melalui program bimbingan komprehensif anjuran agensi ini yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berhormat Tan Sri Noh bin Haji Omar. INSKEN sentiasa konsisten enghulurkan bantuan berbentuk latihan serta bimbingan bagi memastikan usahawan dapat kekal bertahan ketika pandemik kini dapat menyaksikan usahawan mula menyesuaikan diri dengan norma baharu. Usahawan dilihat bukan sahaja mampu berdepan dengan norma baharu malah catatan hasil peningkatan jualan ini merupakan sebuah penanda aras yang amat baik

Tambah beliau lagi, usahawan yang berjaya meningkatkan hasil jualan ini adalah bukti mereka mampu meneruskan perniagaan walaupun perlu mengamalkan norma baharu dan ia bukanlah penghalang untuk terus maju ke hadapan.

295 peserta Program IBBC yang telah tamat bimbingan secara one-on-one selama 4 bulan merupakan usahawan daripada industri Postnatal Care, Café & Restaurant, Bakeri, Jualan Pasaraya, Jahitan dan Ecotourism. Kesemua peserta program ini yang telah dibimbing oleh pakar industri mencatat peningkatan jualan keseluruhan sebanyak RM9.2 Juta dan berjaya menawarkan 256 peluang pekerjaan baharu.

Manakala 170 peserta daripada 2 kohort Program E-Board telah dibimbing membuat pemasaran digital selama 4 bulan berjaya mencatat peningkatan hasil jualan melebihi RM560,000.00. Usahawan yang menyertal program ini berjaya membuat transformasi perniagaan ke arah digital dengan menggunakan platform seperti Facebook, Instagram, TikTok, WhatsApp, Shopee, Lazada. Telegram dan YouTube.

Encik Azanil Putra Rapaal merupakan peserta Program E-Board yang telah mencatat peningkatan hasil jualan tertinggi iaitu sebanyak 233.03%. Beliau yang berusia 51 tahun ini berkata, h jualannya mula meningkat selepas memasarkan perniagaannya di platform Shopee Stok produknya juga perlu ditambah serta-merta akibat permintaan yang semakin ng Usahawan berasal dari Pahang ini menjalankan perniagaan produk makanan dan kesihatan.

Manakala bagi Program IBBC, peningkatan jualan tertinggi dicatat oleh Puan Nor Paizah Rohaizard yang menjalankan perniagaan Postnatal Care. Menurut beliau, peningkatan jualan sebanyak 251% berjaya dicapal setelah beliau membuat penjenamaan semula syarikat dan memperbaharul pakej serta produk yang bersesuaian dengan permintaan pelanggan. Selain itu, bellau juga telah menambah bilangan pekerja atau Confinement Lady bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Encik Muhd Firdaus bin Azharuddin, beliau amat gembira melihat pencapaian ini dan juga kesesuaian usahawan menjalankan perniagaan seiring dengan norma baharu. Beliau berkata, kejayaan tidak akan hadir dalam sekelip mata. Walaupun mengambil sedikit masa bagi membantu usahawan meningkatkan hasil jualan, namun pencapaian cemerlang seperti inilah yang dinantikan untuk diraikan bersama usahawan. Oleh itu, INSKEN akan terus memberikan bimbingan kepada usahawan melalul 2 program ini yang masih lagi diteruskan pada tahun 2022.

Secara keseluruhan, INSKEN telah melaksanakan 31 Program IBBC dan 10 kohort Program E-Board pada tahun 2021. Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN telah diraikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh bin Haji Omar hari ini di sekitar Kuala Lumpur. Maklumat lanjut mengenai program latihan dan bimbingan boleh didapati melalui laman web rasmi INSKEN di www.insken.gov.my dan media sosial rasmi INSKEN.

Leave a Reply