Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Patutlah pihak Perikatan Nasional (PN) bermati-matian mainkan isu fitnah kononnya Presiden UMNO akan bekerjasama dengan Anwar untuk membina kerajaan bersama.

Walhal kalau dilihat jumlah yang ditandingi oleh PN dalam PRU15 pada kali ini hanya sekadar 149 kerusi berbanding Barisan Nasional (BN) yang berjumlah 178 kerusi.

Jadi secara warasnya bila dikaji dengan jumlah 149 tersebut kelihatan seperti wujud satu agenda di sebalik tabir yang sedang diatur.

Sebelum ini telah diketahui umum berkenaan isu perjumpaan antara PN dan PKR untuk membina satu khemah besar demi memenangi PRU15 kelak.

Dipercayai berdasarkan kepada jumlah kerusi yang ditandingi oleh PN dan PKR sahaja, sasaran untuk gabungan kerjasama ini ada potensi memenangi kerusi terbanyak atau majoriti mudah untuk mentadbir negara.

PKR pula dijangka akan keluar dari Pakatan Harapan (PH) sekiranya sasaran dalam perancangan antara PN dan PKR ini berjaya.

Patutlah sebelum pembubaran Parlimen sebelum ini, kelihatan pengerusi PN begitu bersungguh mencadangkan satu Khemah Besar dan bertemu dengan pemimpin-pemimpin dari pihak lain termasuk Tun yang mewakili GTA.

Cadangan Anwar akan wujudkan 3 jawatan TPM sekirannya beliau menjadi PM adalah agak logik kerana jawatan tersebut adalah imbalan kepada pemimpin-pemimpin utama PN seperti Hj Hadi dan Muhyiddin.

Terdapat kekosongan yang bergantung kepada keadaan untuk Nurul Izzah, Azmin Ali, Hamzah Zainuddin ataupun pemimpin dari Parti Gerakan. Kekosongan jawatan TPM ini adalah satu peruntukan mengikut keperluan untuk “memancing” sokongan pihak lain seperti PAN ataupun DAP.

Leave a Reply