Oleh : Megat Hisemudin Megat Kasim

Pertandingan merebut kerusi Shah Alam bukanlah satu strategi yg mudah. Maka kita harus melihat drp sudut sejarah dan senario kerusi Shah Alam sejak PRU12 lagi. Selain itu melihat kekuatan calon-calon yg bertanding dlm PRU15.

Sejauh mana kekuatan Khalid Samad menang dalam 3 PRU di Shah Alam dan senario politik ketika itu.

Dalam PRU12 Khalid Samad bertanding atas tiket PAS mengalahkan penyandang, DS Abdul Aziz Shamsudin dari BN dgn undi 33,356 berbanding 24,042 yg diperolehi oleh DS Abdul Aziz Shamsuddin.

Mengikut data pengundi 68.7% adalah pengundi Melayu dan ketika itu sokongan terhadap PAS sangatlah kuat dan PAS Selangor diterajui oleh Datuk Dr. Hasan Ali yg sangat popular ketika itu.

PM, Pak Lah mempercepatkan PRU pada bulan April dan dikatakan beliau takut dgn DS Anwar Ibrahim akn dpt bertanding sekiranya dibuat selepas bulan April. PAS menggunakan isu ini utk menggasak Pak Lah. Selain itu masalah ekonomi juga menghimpit kerajaan BN.

Khalid Samad sekali lagi menang di kerusi Shah Alam dlm PRU13. Ketika itu PKR-DAP-PAS telah membentuk gabungan Pakatan Rakyat (PR). Khalid Samad selain mendapat undi PAS, juga disumbangkan oleh penyokong DAP dan PKR.

BN Shah Alam tidak pula menonjolkan calon sendiri sebaliknya mencalonkan seorang wakil rakyat bebas bidan terjun dari utara iaitu Zulkifli Bin Nordin. Ketika itu beliau adalah Naib Pengerusi Perkasa yg lantang memperjuangkan hak Melayu.

Dalam masa yg sama kumpulan HINDRAF yg mewakili sebahagian kaum India telah memainkan isu kenyataan Zulkifli yg lampau. Ketika itu pemimpin MIC juga turut mengecam Zulkifli.

Khalid Samad menang dgn undi 49,009 mengalahkan Zulkifli Nordin yg mendapat undi 38,070. Majoriti undi ialah 10,939

PRU14 adalah yg amat getir dihadapi oleh BN. Bukan saja beberapa negeri jatuh kpd pembangkang malah PH berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya.

Khalid Samad mengalahkan Ketua Bahagian UMNO Shah Alam, Azhari Shaari dgn undi 55,949. Azhari memperolehi 23,100 undi. Majoriti undi ialah 33,849.

Melihatkan dari PRU12 -14 sebenarnya Khalid Samad bukanlah kebal disebabkan oleh prestasinya di kerusi Shah Alam melainkan disumbangkan faktor luaran yg lbh ampuh.

Beliau bernasib baik disebabkan oleh kedudukan parti yg tepat pada masanya dan isu luaran yg membantu kemenangannya.

Setelah penghijrahan Khalid Samad ke Titiwangsa dlm PRU15 ini meninggalkan satu kekosongan di Shah Alam.

Adakah faktor luaran dan parti dpt membantu calon PH dari Amanah, Azli Yusof utk mengekalkan kerusi ini milik PH?

Azli adalah bekas setiausaha politik Khalid Samad dari 2018 -2020. Beliau juga adalah Pengerusi Amanah Shah Alam dan Naib Pengerusi Amanah Selangor.

Berkelulusan dlm Pengurusan Kejuruteraan dari University of Missouri – Rolla, USA dan MBA dlm pengurusan logistik dari UNISEL.

PN menurunkan Dr. Afif Bahardin, mantan ADUN dan Exco kerajaan Pulau Pinang bagi DUN Seberang Jaya. Walaupun demikian beliau adalah kelahiran Shah Alam.

Berumur 37 tahun memegang ijazah dlm bidang perubatan dan pembedahan.

Dalam politik, beliau pernah menjawat sebagai Timbalan Ketua Pemuda PKR. Setelah Azmin Ali meninggalkan PKR untuk bersama Bersatu, beliau yg merupakan orang kuat Azmin mengikut jejak berhijrah.

Manakala BN mencalonkan Hizatul Isham Bin Abdul Jalil atau lbh dikenali sebagai Isham Jalil dengan misi utk merampas kembali kerusi Shah Alam dari pembangkang sejak PRU12 – 14.

Berkelulusan Sarjana Muda Pertama (kejuruteraan) dari university Bristol, USA. Kemudian memperolehi ijazah Sarjana kewangan dari The Whorton School, University of Pennsylvania dan Sarjana dasar awam (politik, ekonomi dan undang-undang) dari University of Harward, USA.

Isham Jalil pernah berkhidmat sebagai pengurus di TNB selama 9 tahun. Kemudiannya menjadi Pegawai Khas kpd Perdana Menteri ketika itu, DS Najib Razak. Mantan pengarah di Unit Pengurusan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.

Pernah berkhidmat sebagai Ketua Penerangan BN Selangor dan ahli MKT yg dilantik.

Sebenarnya keputusan PRU15 bagi kerusi Shah Alam banyak dipengaruhi oleh individu.

Calon PH tidak blh mendabik dada disebabkan Khalid Samad pernah “bertakhta” selama 3 penggal di sini. Malah Khalid Samad meninggalkan badi yg harus dicuci oleh Azli.

Apakan tidaknya kerajaan PH yg hanya bertahan selama 22 bulan dgn janji-janji manis populis harus ditepis oleh calon dan team PH.

Dengan dasar “ground zero” semua calon mempunyai peluang yg seimbang. Bergantung kpd pemilih mahu memangkah calon yg mana satu.

Leave a Reply