SEGAMBUT, 25 Januari 2022 – Baru-baru ini tularnya kisah seorang anak warga Indonesia tanpa dokumen pengenalan diri yang dibela, dijaga oleh seorang wanita warga Malaysia berbangsa cina tanpa menukarkan agama anak itu mendapat perhatian Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan warganegara membuatkan seorang lagi anak tanpa MyKad dikenali Liew Chia Yi untuk mendapatkan kerakyatan negara ini bagi memudahkannya mendapatkan pekerjaan membantu keluarga angkatnya. Ketika Chia Yi masih bayi, iaitu 24 tahun lalu, Chia Yi diserahkan oleh seorang yang tidak dikenali kepada ibu angkat semasa ibu angkatnya sedang mencari anak.
Menurut Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Zon Parlimen Segambut Datuk Daniel Ling Sia Chin, ketika itu seorang lelaki tidak dikenali yang memiliki ramai anak mahu serahkan anaknya kepada ibu angkat Chia Yi yang sangat inginkan anak kerana tidak mampu melahirkan zuriat sendiri. Bagaimanapun, status ibu bapa kandung Chia Yi tidak dapat diketahui kerana tiada mempunyai dokumen yang berkaitan.
Chia Yi berkata, ibu bapa angkatnya pernah memohon MyKad untuknya ketika berumur 12 tahun namun tidak dapat dipastikan apakah punca dia tidak dapat MyKad itu, katanya semasa majlis penyerahan sumbangan Tahun Baru Cina golongan B40 dan warga emas di Taman Sri Sinar, Segambut disini.
Menurut Daniel, Chia Yi ada cuba mendapatkan pertolongan daripada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeow pada 3 tahun lepas berhubung perkara ini tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang dilakukan untuk membantunya. Namun selepas tularnya Isu Rohana, Chia Yi berharap ada harapan cerah untuknya mendapatkan MyKad bagi meneruskan kehidupannya sebagai rakyat negara ini.