Kami adalah Gabungan Bukan Kerajaan (NGO-NGO0 di Malaysia dengan gabungan 588 NGO seluruh Malaysia dengan ini menyatakan pendirian memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon paling layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. Kami telah bergabung demi Malaysia sejak lama dulu dan bukan bermusim. Menerusi kenyataan ini juga, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak termasuk dalam 102 NGO di bawah Jaringan NGO Melayu Islam yang menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM ke-10. 

Kami yakin Ismail Sabri Yaakob paling layak berdasarkan rekodnya yang bersih, membuat keputusan dan pertimbangan secara sepakat dalam pentadbirannya,  urus tadbir yang baik, tidak berlaku campur tangan dalam mana-mana bidang kehakiman dan penguatkuasaan. Berbeza dengan Anwar yang dipenjarakan enam tahun kerana rasuah dan salah guna kuasa pada  dipenjarakan sembilan tahun kerana jenayah liwat kali pertama  dan dipenjarakan lagi lima tahun kerana jenayah liwat kali kedua.

Selama 20 tahun Anwar dipenjarakan atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan jenayah liwat, beliau diberi pengampunan Agong selepas ada perjanjian politik dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan bermakna tidak melakukan kesalahan berkenaan.  Beliau telah dijatuhkan hukuman, sudah dibuktikan salah di mahkamah.

Walaupun Mahathir dikatakan dalang semua ini kerana penentangannya terhadap pemimpin itu, namun demi kuasa beliau sanggup lupakan kezaliman itu dan menerima pelawaan Mahathir untuk bergabung.

Begitulah sikap orang yang sudah terdesak mahu kuasa, sanggup buat apa sahaja, lebih mulia pemimpin BN yang sanggup menyerah tubuh lebih 200 kali turun naik mahkamah dan akhirnya dipenjarakan dengan rasa tidak mendapat keadilan penuh. 

Selepas PH memerintah tahun 2018, bersikap autokratik mereka campur tangan bidang kehakiman sepertimana dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menggugurkan banyak kes profil tinggi membabitkan rakan-rakan sekutu politik.

Kami perlu ingatkan semula kepada rakyat Malaysia kerana kita mudah lupa, sudah terhantuk baru hendak mengandah dan biarkan ular sama mematuk di tempat sama dua kali, itulah sikap orang kita. 

Mereka pernah berbohong pada tahun 2018 dengan menawarkan janji yang gagal ditepati, gagal mansuh PTPTN, mansuh tol, petrol murah dan sebagainya, jika tahun 2018 pernah menipu apa jaminan tahun 2022 tidak menipu? 

Rakyat jangan lupa Tabung Harapan yang dilancarkan pada 30 Mei 2018 oleh perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad sebaik sahaja PH menang berjumlah RM205 juta didakwa  telah digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1MDB, benarkah telah diaudit?

Benarkah telah bayar hutang 1MDB ia tidak dijawab dengan baik. Sebaliknya banyak aset negara pula dijual, bekas PM, Datuk Seri Najib Razak menyenaraikan aset-aset negara yang dijual oleh PH kononnya kerana hutang 1MDB.

Genap 500 hari PH berkuasa, sebanyak lebih RM30 bilion aset negara telah dijual, adakah penyelesaian ini yang rakyat mahu untuk selamatkan negara?  Data ini bermakna setiap hari Pakatan menjual aset negara sebanyak RM60 juta secara purata, bersamaan dengan RM2.5 juta aset negara terjual setiap jam di bawah Pakatan.

Dalam laporan 225 muka surat hasil siasatan terhadap dakwaan dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’, pasukan siasatan mendapati Tommy Thomas semasa menjadi peguam negara beliau mahu Dr Mahathir Mahathir “menurut arahannya dengan cara bertentangan undang-undang” dalam melantik tiga peguam sebagai hakim Mahkamah Rayuan. 

Pasukan petugas khas yang menyiasat memoir Thomas dalam laporannya berkata, beliau mempunyai “kepentingan yang kuat” dalam pelantikan hakim.

Thomas menulis bahawa hakim Mahkamah Rayuan lemah dalam undang-undang komersial, dan beliau mencadangkan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat supaya tiga peguam swasta “yang mempunyai latar belakang komersial kukuh” dilantik terus ke Mahkamah Rayuan.

Sebanyak 14 kes melibatkan pemimpin-pemimpin PH satu persatu ditarik balik atau dibuang begitu sahaja walaupun ada yang sudah separuh jalan dibicarakan di mahkamah dalam tempoh 22 bulan mereka memerintah.

Agaknya kalau lima tahun berkuasa semua rakan yang melakukan kesalahan dibebaskan, semua musuh yang tidak melakukan kesalahan pula disumbat ke penjara, inilah kebimbangan yang rakyat sepatutnya gusar sebelum menyatakan sokongan.

Kerana itu, Rafizi Ramli berani ugut KP SPRM akan memburunya selepas PH menang nanti kerana SPRM cuba jalankan siasatan ke atas harta Rafizi. Berbanding Ismail Sabri, beliau tidak campur tangan terpaksa melihat rakan politiknya  dibawa ke penjara. 

Ismail Sabri juga mendengar denyut nadi rakyat ketika keadaan mudarat dengan membenarkan pengeluaran kedua KWSP serta sekali lagi mendengar kehendak rakyat mahu kestabilan.

Beliau membuat keputusan membubarkan Parlimen demi mendapat keadilan demokrasi dan kestabilan politik agar negara tidak berlanjutan terumbang ambing walaupun keputusannya ditentang hebat pembangkang. 

Beliau juga bukan pengkhianat parti yang dijunjungnya sejak berpuluh tahun, walaupun ada kelemahan tetapi tetap setia terhadap BN, jatuh dan bangun bersama BN. Kami tidak nampak ciri kepimpinan, adil, setiakawan dan tegas dalam diri orang lain kecuali Ismail Sabri.

Jangan lupa strategi PH dalam PRU15 tidak menonjolkan DAP,  mana Teresa Kok? Mana Hannah Yeoh? Mana Anthony Loke? Mana Lim Guan Eng? PH tonjolkan Anwar sebagai wira, hero dan bakal PM, wajahnya terpampang di billboard lebuh raya menghala penjara Kajang. 

Bijakkan DAP perguna dan pecahkan Melayu dalam BN, PH dan PN serta undi kepada parti melayu semakin kecil dan mereka kukuh.  Sehubungan itu, kami Gabungan NGO-NGO Malaysia yang sehaluan dengan kami menyokong kepimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob seiring dengan Pentadbiran Barisan Nasional.

Demi Kestabilan Negara Malaysia tercinta, marilah kita sama-sama membina Negara Malaysia yang lebih baik dan jangan sesekali menyerahkan masa depan Tanah Melayu ini kepada si kitul, penderhaka dan pengkhianat.

Leave a Reply