Oleh Tun Puteh Wanti

Tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) telah memperlihatkan kejatuhan Barisan Nasional (BN) kali pertama selepas 60 tahun memerintah.

PRU15 yang berlangsung semalam dijangka mengulang sejarah tsunami PRU14 apabila undi 18 tahun, pengundi muda dan Melayu berpecah seribu.

Berikut adalah analisis kewartawanan faktor tsunami politik dalam BN.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dikatakan terlalu lambat umum pembubaran Parlimen, waktu paling sesuai umum selepas kemenangan besar PRN Melaka dan Johor.

Panglima perang dan perisai BN, Datuk Seri Najib Razak yang dikatakan faktor utama kemenangan BN di Melaka dan Johor dalam kempen media sosialnya telah tiada.

Beliau menerima hukuman penjara membuka ruang cerah kepada pembangkang untuk menjatuhkan BN dengan mudah.

Presiden UMNO, Datuk Dr Seri Ahmad Zahid Hamidi pula dikatakan menerima nasihat salah, meletakkan calon yang tidak berupaya menang dan terbukti dengan kekalahan teruk di Dewan Undangan Negeri Perlis, Perak dan Pahang.

Pengundi muda, undi 18 tahun dari generasi TikTok menolak BN sebab sudah didoktrin dalam fikiran mereka bahawa BN sudah rosak, rasuah sebaliknya ‘dosa’ PH gagal tunai janji boleh dihapuskan dan dilupakan dengan mudah.

Turut dikatakan pengundi awal, polis dan tentera lebih cenderung dengan PN dengan menterinya dari blok Bersatu.

Bendera PN lebih banyak berbanding BN yang kecewa tidak datang sokong dan ada sabotaj dalaman sehingga kempen di media sosial juga tidak sehebat PN dan PH.

PN dan PH banyak calon bukan Melayu khususnya DAP tetapi tidak ditonjolkan dan strategi ini berjaya menambat hati Melayu untuk memilih mereka sedangkan majoriti terbesar kerusi diperolehi DAP.

Media utama nampak lebih pro PH dan PN sejak awal kempen.

Peratusan kaum Cina keluar mengundi hampir 100 peratus, sedangkan Melayu hanya 60 peratus.

Segala perpecahan Melayu ini dikatakan berpunca daripada Tun Dr Mahathir sehingga hikmahnya Pejuang hanya bawa pulang telur ayam pada PRU15.

BN dengan kemenangan 30 kerusi di Parlimen menjadi ‘king maker’ sama ada mahu bersama PH atau PN dengan mengajak rakan sekutunya GPS untuk bentuk kerajaan.

PH walau memperoleh kerusi terbanyak iaitu 82 kerusi tidak mampu membentuk kerajaan tanpa gabungan BN, begitu juga PN dengan jumlah kerusi 73 tidak mampu tanpa BN dan GPS (22 kerusi) atau GRS (enam kerusi).

PN dikatakan letak syarat gabungan BN tanpa Ahmad Zahid, BN enggan lepaskan Ahmad Zahid walaupun beberapa calon yang menang sudah menuntut Ahmad Zahid turun.

PN dan GPS pula enggan menerima PH yang dianggap menipu dalam janji mereka sebelum ini.

Tiga nama calon PM dikemukakan jika bersama PN dan tolak Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Ismail Sabri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Jika Muhyiddin dan Ismail enggan sepakat, nampaknya PM Malaysia ke-10 dari Sarawak untuk kali pertama dalam sejarah.

Bak kata netizen, PM dari Semenanjung sudah gagal menyatukan semua mungkin PM dari Sarawak bawa sinar baru dalam meraikan perbezaan agama, bangsa dan negara.

Mereka hidup berbilang budaya tidak pernah wujud isu rasis atau sesat menyesatkan dalam agama.

Mungkinkah BN akan memilih PH dan melupakan semua sengketa antara mereka? Pastinya GPS tidak akan bersama.

Mungkin ini hikmahnya Melayu berpecah, perlu jatuh untuk bangkit semula!

Leave a Reply