Oleh: Ariffaizal Mohd Nor Ariffin

Akhirnya segala teka teki berkenaan kerajaan baru sudahpun terjawab. Malangnya meskipun perlantikan telah dibuat, masih lagi ada pihak yang berterusan meratip seperti tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Entah apakah sebenarnya yang terpendam di lubuk hati mereka apabila dilihat umpama tidak dapat menerima kenyataan dan hakikat sebenar terhadap apa yang sudah berlaku.

Pemimpin seharusnya berjiwa lapang dan berbesar hati. Sentiasa istiqomah dan menerima sesuatu perkara atau kejadian yang di luar batasan kemampuan atau kawalan mereka. Namun ini tidak lansung kelihatan terhadap pihak Perikatan Nasional (PN).

Saban hari sama ada di TikTok, FB dan lain-lain media sosial akan dipaparkan rungutan atau kenyataan-kenyataan daripada kalangan mereka ini yang sentiasa meluahkan rasa tidak puas hati.

Dari mula pembubaran Parlimen, penamaan calon, pengumuman keputusan PRU, cadangan YDPA agar tubuh kerajaan PH+PN, menubuhkan kerajaan PH+BN sehinggalah pengumuman kabinet. Pihak PN hanya mengkritik dengan rasa tidak berpuas hati seolah-olah hanya pihak merek sahajalah yang maksum dan paling bagus.

Agaknya di benak minda mereka ini, tiada langsung erti mendahulukan kemashalatan dan kebajikan rakyat. Sepatutnya mereka berfikir bagaimana ingin membantu dan berikhtiar agar kehidupan rakyat kembali tenteram dan lebih terbuka dalam saingan ekonomi untuk meningkatkan pendapatan masing-masing.

Apa yang dinilaikan, pihak PN hanya lebih mengutamakan kepentingan sendiri tanpa langsung perdulikan kesannya terhadap rakyat dan negara. Walhal ketika mentadbir sebelum ini mereka sebenarnya telahpun gagal.

Tindakan mereka ini tidak ubah seperti langau. Langau yang berdengung ini bukan sekadar di luar UMNO sahaja, bahkan di dalam UMNO juga. Lebih teruk lagi, langau inilah yang menjadi musuh dalam selimut terhadap UMNO yang merancang untuk menguasai UMNO di pemilihan yang akan datang.

Leave a Reply