Oleh : Mohd Ashraf Mustaqim Bin Badrul Munir
Katakanlah Perikatan Nasional (PN) memang dapat dana hasil sumbangan duit judi sepertimana ayat PM-X Anwar Ibrahim yang “membayangkan” (tanpa bukti). Ini membuatkan kita terfikir adakah itu (PMO) tempatnya untuk cipta naratif sentimen politik murahan?
Buat pertama kali tengok seorang Perdana Menteri ‘main politik’ tabur sentimen dengan langsung tak tonjolkan bukti dan guna pentas rasmi kerajaan di Pejabat Perdana Menteri yang seharusnya jadi medan bicara isu rakyat tapi dia main naratif politik kepartian. Lainlah perkaitannya andai merupakan cadangan dasar pendanaan parti politik. Tidak pernah lihat sidang media mana-mana Perdana Menteri sebelum ini ambil pendekatan sedemikian.
Mohon PM-X yang juga Menteri Kewangan keluarkan bukti apa yang diperkatakan beliau. Atau adakah DSAI juga di samping parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) adalah antara penerima sumbangan dana politik bukan sahaja dari organisasi luar negara yang mampu mengancam kedaulatan tanah air sebegitu adakah penerima dana dari syarikat perjudian juga??? Lebih baik PM-X kemukakan bukti hitam putih, dah macam bukan kerajaan pula sifatnya.
Apapun secara peribadi saya menyokong langkah atau tindakan ini yang sepatutnya buang terus cabutan judi mencontohi negeri-negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional seperti di Kedah yang telah menghentikan operasi pusat perjudian yang bakal berakhir sepenuhnya penghujung tahun ini sebegitu yang diketahui, tiada pusat perjudian di Kelantan dan Terengganu.
Tapi ironi kepada para pentaksub PH-DAP, mereka tuduh kata kita sekat kebebasan hak minoriti halang perjudian, tapi bila mereka kononnya turun dari 22 kepada 8 cabutan, terus merekalah terlolong dengan bawa naratif merekalah contoh yang lebih Islamik.
Hakikatnya cabaran kepada Perdana Menteri sebegitu Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dan juga Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil bila turunkan cabutan dari 22 ke 8 cabutan, adalah untuk pastikan judi atas talian (online) juga tidak berleluasa selaku alternatif yang mana hasil haram yang turut tidak diketahui ke mana dan di mana alirannya yang turut menjadi barah atas perbuatan yang bukan sahaja haram di sisi agama, sebegitu menghancurkan masyarakat dan institusi keluarga.
Syabas atas inisiatif menurunkan cabutan judi ini, namun para penyokong PH jangan menangguk di air keruh dengan perbuatan jelek sebuah kerajaan yang tanpa hitam putih membuat pertuduhan hanya semata sentimen politik.
p/s: Nak pilihan raya di Tioman dan Padang Serai ni takut kalah barangkali mula lah dok usaha jaja tabur sentimen fitnah. Budaya PH-UMNO
MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Ketua Penerangan ARMADA Nasional
5 Disember 2022