Oleh : DrAzam Rauzan (Mantan Adun Penawar)
Masa terbaik UMNO untuk bermuhasabah diri dan bersyukur diatas kejadian2 yang berlaku dalam masa 3 minggu yang lalu.
UMNO parti keramat. Masih ragu? Masih sinis? Masih tak percaya? Saya kaki bodek? Jom mari kita fikir sejenak tatapi kena jujurcdan ikhlas pada diri dan jiwa.
Nampak tak dalam sejarah senarai Presiden UMNO sejak merdeka, saya rasa YAB Dato Zahid Hamidi adalah satu2nya presiden yang paling teruk di hina, dilanyak, dikeji, diperlekeh, ditikam dan apa lagi perkataan yang saya boleh hemburkan, semuanya beliau telah lalui sejak menerajui jawatan Presiden UMNO yang di pilih secara sah oleh ahli2 UMNO sendiri.
Bukan saja musuh luaran seperti Tun M cuba membunuh karier pokitik beliau malah oemimpin dalaman sendiri yang menjadi penghasut dan baruah midin cuba menjatuhkan beliau. Tetapi Beliau semakin kukuh dan kuat. Kenapa agaknya? Dimana kekuatan beliau? Di Kerisnya? Di kakinya? Di tangannya?
Saya ada jawapannya. Biarlah nanti du hujung ulasan ini saya jawap.
Disebalik kegagahan Zahid Hamidi melepasi ranjau dan halangan luar dan dalam medan politik, beliau ada satu kemelahan yang paling ampuh dan ketara. Beliau seorang yang pemaaf, syang tahap kesabarannya amat tinggi dan biar tidak berdendam. Marahnya jangan di bendung tapi sekali hembur habis disitu. Inilah kelemahan sebenar beliau. Soft Spot.
Soft Spot ini yang telah meletakkan beliau ke persada Timbalan Perdana Menteri pada saat ini. Ramai dalaman UMNO masih tidak putus asa lagi untuk mencuba menjatuhkan beliau. Nasihat Saya, bersyukurlah. Duduk dan renunglah kembali jasa dan pengorbanan beliau. Hargailah beliau.
Nak jatuhkan beliau, masuklah bertanding jawatan Presiden pada pemiluhan akan datang! Bukannya lama lagi pun. Tak payah lah suruh budak hingusan seperti Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan gelombang Zahid letak jawatan. Sepatutnya onn yang kena letak jawatan dulu diatas kekalahan teruk Johor pada PRU lepas.
Kepada yang lain, janganlah menggunakan senarai menteri BN uang lepas sebagai senjata untuk menghancurkan kesatuan keluarga UMNO. Ramai yang merajuk. Saya faham. Tapi bersabarlah. Rezeki tak salah alamat. Dan Zahid, insan yang kenal hati budi kawan dan lawan. Percayalah.
Sebagai seorang yang betkatar belakangkan tasauf, beliau yakin Allah bersama sama beliau. Gerak langkah beliau sentiasa di awasi bukan sahaja oleh kawan dan lawan tapi oleh alim ulamak sama sama mendoakan beliau.
Jom. Kita bersatu hati bersepakat untuk sama2 meneruskan perjuangan membina sebuah negara bangsa. UMNO kena ubah. Ubah mind set. Konsep berkawandengan MIC dan MCA sudah berlalu. Nasihat saya lupakan MIC dan MCA. Mereka adalah biawak hidup. Mereka mencakar belakang Zahid hingga luka. Tak serik lagi?
Akhir kalam, pesanan saya buat musuh dalaman beliau. INGATLAH WAHAI DIRI,
Semoga kamu IKHLAS, jika tidakā¦
Sama ada kamu sedang mengorek lubang yang terdalam untuk terbenam ATAU sedang mendaki puncak tertinggi untuk lebih sakit bila terhenyak.
Jangan terlalu terburu-buru untuk ketawa kerana ‘one who laugh last laugh the best!’ Simpan ketawa mu di syurga!
Kepada mu kami berserah. Steady Tok Zahid. Move on.