Oleh: Saiful Bahari Baharom

Saya sertai Pejabat Perdana Menteri pada 16hb Mei, 2015 (kisah 1MDB berlaku sebelum tarikh tersebut).

Sungguhpun Datuk Seri Najib mempunyai ramai pegawai tetapi yang di benarkan memasuki bilek pejabatnya tanpa temujanji atau yang di benarkan untuk “bertembung” dengannya di mana-mana (untuk menyelesaikan perkara-perkara penting dan urgent) tidak ramai, mungkin antara 8-12 kot. Alhamdulillah, saya berpeluang memegang jawatan di kalangan ini.

Kalau saya tidak silap, saya adalah pegawai khas yang terakhir di beri keistimewaan tersebut sehingga PRU14.

Maka, peluang untuk mengenali beliau lebih dari pegawai-pegawai lain. Walaupun begitu, sebahagian besar dari pegawai-pegawainya telah berkhidmatnya sekian lama, ada pegawai yang telah sertai sejak beliau memegang jawatan Kementerian Pertahanan lagi.

Suatu perkara yang saya dapati di PMO adalah pegawai-pegawainya berpuak-puak, dan setiap puak bersaing untuk menjadi geng No 1 rapat dengan DS Najib. Untuk menjauhi gejala ini, saya pastikan saya berbaik dengan SEMUA orang, tidak lekang senyuman dan bertegur-sapa dengan setiap orang.

Kelakar juga kerana dengan mengambil posisi ini, saya mendengar group A mengata group B, dan Group B mengata group A. The trick was, kita jangan menyampai…masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Setentunya, dek kerana PMO adalah pejabat eksekutif yang paling tertinggi dan paling powerful di dalam negara, ada beberapa pegawai yang “prima donna” (ini termasuk baik pegawai atasan mahupun yang kurang atasan!) tetapi saya senang sahaja.. saya memberi hormat kepada mereka dengan peradaban yang mereka expect. Sepanjang yang saya tahu, saya tiada problem dengan mana-mana pihak.

Saya di perkenalkan buat pertama kali kepada DS Najib sebagai pegawainya adalah selepas suatu mesyuarat yang di adakan di kediaman beliau di Taman Duta, mungkin seminggu selepas hari pertama saya.

Lebih kurang enam minggu selepas itu, pertama kali saya memasuki bilik pejabat DS Najib seorang diri, sambil bercakap, kaki saya mengigil! Sebelum masuk, saya practice ayat-ayat percakapan saya berulang-ulang di dalam kepala!

But I am me..Selalu juga terkeluar cakap, kita ingat dalam kepala, cerottttt, terkeluar kat mulut. Hahaha!

DS Najib ini orangnya amat penyabar, tidak pernah meninggikan suara, atau menengking. Paling ketara apabila beliau marah atau tidak puas hati, cuping telinganya menjadi merah dan/atau rambutnya kusut.

Beliau juga mempunyai memory bank yang first class, beliau boleh ingat nama semua KSU-KSU, keputusan mana-mana mesyuarat yang berlansung 2-3 tahun dahulu, angka-angka statistik termasuk harga minyak yang bertukar setiap hari. Sering kali, kami pegawai-pegawai melopong kerana dari kepalanya, DS Najib menyebut angka-angka (5.9374 umpamanya) yang di berikan kepada beliau 4-5 hari sebelum itu.

Ini saya sangat kagum.

Di dalam mesyuarat, beliau memberi peluang untuk semua yang hadir bercakap dan sedia berkompromi jika cadangan yang di tengahkan adalah lojik dan saksama.

Setiap kali Bahagian Ekonomi (Bahagian saya lah tu) bermesyuarat dengan DS Najib (bersama Kementerian Kewangan) untuk membuat ucapan tahunan Bajet – hampir setiap malam dua minggu sebelum hari pembentangan – setiap malamlah beliau akan bertanya atau memasukkan peruntukan untuk pelbagai pihak.. “Polis dah dapat?”, “B40 apa lagi kita boleh bantu?”, “Nelayan macam mana?”.. ahli bomba pun dia tanya.

Kalau kami pegawai kurang pasti, beliau akan mengangkat telefon bimbitnya dan menelefon menteri berkenaan. Saya ingat lagi beliau menelefon Ketua Polis Negara bertanyakan status berek-berek polis.

Setiap tahun, selepas mesyuarat Bajet ini, kami akan bersembang sambil berjalan ke kereta masing-masing dan antara kami memuji DS Najib, bagaimana prihatinnya terhadap golongan yang memerlukan.

Beliau juga amat mengambil berat tentang hal-ehwal wanita dan sebenarnya, beliau bekerja baik dengan Tan Sri Sharizad, Menteri Wanita dan Keluarga.

Penguasaan Bahasa Inggeris DS Najib, first class, dan sering kali, apabila berbahasa Inggeris, pelat “English accent”nya akan terkeluar di kesan sedikit.

Sebagai pegawai khas, adalah amalan kerja kami tidak mengulangi apa-apa yang di ceritakan atau di arahkan oleh Perdana Menteri kepada sesiapa melainkan perlu untuk tujuan urusan. Malah, setiap pegawai ada menanda tangani akuan sumpah rahsia.

Kadang-kadang, DS Najib akan mengomel juga tentang menteri-menteri Kabinetnya, atau pegawai-pegawai civil service tetapi ini semua, jangan sesekali kita ulangi, terutamanya jika orang yang beliau complain itu adalah seorang Menteri Kabinet.

Lagi satu amalan saya adalah jika Perdana Menteri mengeluh atau complain kepada kita mengenai menteri, pegawai perkhidmatan awam atau mana-mana pegawai-pegawai pejabatnya, saya tidak mengiyakan, jangan menuang minyak lagi, atau menjadi firestone.

Sama ada saya hanya berkata, “Yes, sir, yes, sir” atau saya memberi kata positif seperti, “Im sure it was a genuine mistake, sir.” Kadang-kadang, kita tidak tahu, DS Najib mungkin nak uji perwatakan personaliti kita.

Lagi satu, DS Najib ini seorang yang baik hati (mungkin terlalu baik). Kalau kita silap buat kerja, kita cakap, “I am sorry, sir. I will make sure such mistake will never happen again.” Dan adalah wajib kita pastikan kesilapan tersebut tidak akan berulang lagi.

Kerana DS Najib ini baik hati, saya di maklumkan amat jarang sekali DS Najib memberhentikan perkhidmatan pegawai-pegawainya. Apa yang akan jadi, nama pegawai tersebut tidak akan di sebut lagi atau di beri apa-apa tugas dan tidak menyertai mana-mana senarai mengikuti rombongan rasmi.

Banyak lagi cerita. Nanti saya sambung, insyaallah.

Pertama kali di postkan pada 8 Februari, 2021.

Leave a Reply