Bidang sukan, seni patut jadi agenda perpaduan bukan pemisah
Oleh : Mohd Ridhuan Tee Abdullah
SAYA tidak kisah sangat adanya muka-muka baharu dalam pelantikan barisan kabinet, sama ada pengalaman atau tidak. Itu bukanlah sesuatu perkara yang penting, kerana mereka akan dibantu oleh pakar dan professional yang ada dalam setiap kementerian.
Selama inipun, kita melantik menteri dalam kalangan mereka yang bukan pakar dalam bidang. Semuanya berjalan dengan baik, kecuali yang salah guna kuasa dan rasuah.
Seperti yang saya telah sebut sebelum ini, tanpa menteri pun kerajaan masih boleh berfungsi, kerana dalam kerajaan itu, sudah ada kementerian dan mereka yang berada dalam bidang.
Paling penting, mereka yang dilantik, perlu ada idea yang terbaik dan melakukan perubahan mengikut kehendak semasa.
Cuma yang menjadi kebimbangan kita adalah, pemimpin ultra kiasu yang diletakkan dalam kementerian strategik terutama kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, kementerian belia dan lain-lain.
Kita semua sedia maklum akan latar belakang pemimpin ultra kiasu yang dilantik ke jawatan tersebut.
Pertamanya, kementerian perumahan dan kerajaan tempat. Selama ini, parti ultra kiasulah yang paling lantang mendesak agar pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Agenda ultra kiasu amat jelas, mereka tidak mahu ahli majlis PBT terdiri daripada dalam kalangan dilantik, tetapi dipilih melalui pilihan raya.
Kita semua sedia maklumkan, PBT yang strategik kebanyakan berada di kawasan bandar. Kebanyakan kawasan bandar, majoritinya dihuni oleh ultra kiasu, misalnya di bandaraya Kuala Lumpur.
Sudah tentu, jika pilihan raya PBT diadakan, ahli majlis PBT akan dipenuhi dengan ultra kiasu. Ultra kiasu ini akan mencorakkan bandar mengikut suka mereka.
Sudah pasti, malam-malam di kota raya menjadi semakin hidup dan yang menjadi mangsa adalah anak-anak kita.
Jika sebelum ini ada perancangan mahu menjawikan papan tanda jalan, jangan haraplah ia menjadi kenyataan, kerana sifat ultra kiasu begitu kuat menentang jawi, seperti mana perlaksanaan jawi enam muka surat dalam buku teks sekolah kebanggsaan.
Apakah kita sudah lupa, pernah berlaku di bandaraya Kuching, ultra kiasu begitu berani menggantikan papan tanda jalan dengan tulisan Cina berada kedudukan paling atas, dengan mengenepikan bahasa kebangsaan?
Ultra kiasu ini juga sudah terkenal dengan sifat rasisnya. Pendiriannya terhadap UEC sangat jelas. UEC mesti diiktiraf walaupun terjadi.
Selepas ini juga tidak mustahil, lambakan nama-nama bangunan, nama taman perumahan dan nama pusat komersial yang langsung tidak mencerminkan nama jati diri negara, seperti mana yang kita dalam lihat sebelum ini, terutama bandaraya Pulau Pinang.
Sudahlah selama ini, jati diri tidak nampak dilaksanakan dengan baik, dengan kemasukan ultra kiasu, tidak mustahil menjadi semakin serius.
Sebagai rakyat Malaysia, kita amat mengharapkan ultra kiasu dapat mencontohi bukan Melayu yang tidak ultra kiasu. Misalnya, dengan menamakan kliniknya dengan, Klinik Perubatan Tanah Melayu.
Saya begitu kagum, apabila ada bukan Melayu sanggup memberikan nama berapa cawangan klinik perubatannya dengan nama Tanah Melayu di Pulau Pinang.
Kepada pemimpin ultra kiasu, contohi sifat orang seperti ini. Ultra kiasu perlu sentiasa diingatkan bahawa mereka berada di bumi Tanah Melayu.
Walaupun Tanah Melayu sudah bernama Malaysia, tetapi kedudukan tetap berada dalam kepulauan Melayu atau Malay archipelago dalam peta dunia.
Ultra kiasu seorang lagi, sudah terkenal dengan agenda kristianitinya, mungkin juga akan menggunakan ruang dan peluang untuk melaksanakan agenda tersebut.
Rakyat Malaysia, terutamanya anak muda, kini harus lebih berhati-hati dan jangan terikut-ikut dengan agenda ultra kiasu ini.
Jika ada agenda untuk menjauhkan anak muda daripada agama Islam dengan memasukkan agenda kristinisasi dan agenda liberalisasi, maka anak muda jangan biarkan perkara ini berlaku, mesti berani tampil ke hadapan.
Jika ultra kiasu ini benar-benar ikhlas, kita mahu lihat bagaimana dia akan mencorakkan sukan, sebagai alat perpaduan.
Sukan tidak hanya dibolot oleh satu kaum sahaja. Misalnya, sukan badminton. Kita amat teruja apabila ada pasangan Cina-India, yang dilabelkan ‘putih-hitam’ negara jiran, digandingkan mewakili negara dalam sukan badminton peringkat dunia baru-baru ini. Hasilnya amat membangggakan. Inilah sebenarnya kekuatan dan keunikan Malaysia.
Selepas ini, kita mahu lihat ada regu sawo matang-putih atau sawo matang-hitam. Maaf, saya terpaksa gunakan istilah warna ini, kerana itulah warna warni Malaysia.
Jangan biarkan sukan dibolot oleh putih-putih, hitam-hitam, sawo matang-sawo matang sahaja. Apakah kita berani melakukan perubahan itu?
Kita lihat pada sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, pasukan bolasepak negara, turun sahaja ke padang, begitu berwarna warni, sehingga mampu sehingga ke peringkat dunia.
Kita tidak pernah lupa nama ‘legend’ yang bernama Mokhtar Dahari, Soh Chin Aun, Santokh Singh, James Wong dan lain-lain lagi.
Hari ini, sukan dipenuhi dengan satu warna, peringkat ASEAN pun belum tentu entah ke mana.
Memang sedap menyebut Malaysia truly Asia, tetapi apakah ianya diterjemahkan.
Saya harap pemimpin ultra kiasu ini, lupakanlah agenda kristianisasinya, tetapi fokus bagaimana menjadi sukan sebagai alat perpaduan dan penyatuan, bukan pemisahan.
Begitu juga dalam bidang seni dan hiburan, kalau dahulu begitu ramai penyanyi bukan Melayu yang menyanyi dan berlakon dalam aktiviti seni ini menggunakan bahasa Melayu.
Kita tidak pernah lupa nama-nama Andre Goh, DJ Dave, Lenny Lim, Francisca Peter, Kenny, Remy dan Martin, Kumpulan Cenderawasih, Alley Cats dan ramai lagi.
Mereka begitu fasih melontarkan suara dan karya seni dalam bahasa Melayunya. Kita tidak rasanya mereka itu bukan Melayu, tetapi sudah seperti Melayu. Begitulah hebatnya mereka menguasai agenda hidup bernegara
Tetapi hari ini, mahu cari artis bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu, jauh sekali. Kenapa tidak ramai bukan Melayu tampil menyanyi atau berlakon dalam aktiviti seni berbahasa Melayu? Ini soal penguasaan bahasa dan penghayatan.
Saya cukup bimbang dengan perlantikan ultra kiasu ke jawatan strategik ini, proses pencinaan akan menjadi semakin serius dalam perbandaran, kesukanan dan kesenian berbanding dengan agenda kebangsaan dan negara.