Oleh: Dato Lokman Adam

Suasana cemas ini disyaki berpunca dari ketidak selesaan kenderaan yang digunakan oleh Dr Sam sepanjang berada di Auckland. Walaupun SUV Jenis Toyota yang beliau sewa untuk percutiannya sudahpun cukup besar, namun disyaki ianya kurang laju dan kurang bergaya. Itu sebab beliau telah memilih untuk tukar ke Sebuah Kereta Porche Macan S dari 18-22 Disember. Duit mungkin bukan masalah untuk MB Ahli Syurga ini untuk tujuan percutian peribadi, namun untuk rakyat di DUN beliau sendiri, DUN Rhu Rendang, tabung untuk rakyat menyumbang derma sudahpun dibuka khusus untuk ahli-ahli syurga yang lain menyalurkan bantuan.

Apapun rakyat Terengganu tidak perlu bimbang dengan keadaan Dr Sam, in sya Allah esok beliau akan memulakan perjalanan balik dan akan melayan permintaan rakyat Terengganu untuk berselfie dengannya dikawasan banjir. Bagi yang nak berselfie awal, Bolehlah menyambut beliau di KLIA 2 jam 3.35 pagi 23/12/2023 nanti.

Apalah alasan yang mungkin beliau akan berikan atas kegagalan beliau untuk pulang awal bila keadaan banjir di Terengganu parah :

1) Mungkinkah lawatan ke Aucland untuk mempelajari kaedah menangani Banjir

2) Mungkinkah beliau mengarahkan Pegawainya untuk melawat Felda New Zealand, tetapi pegawainya tersilap tempah tiket ke New Zealand

Mungkin walaun yang membaca tulisan saya ini boleh membantu Dr Sam menghasilkan alasan-alasan yang lebih munasabah

Leave a Reply