Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mencadangkan Kerajaan untuk menaikkan gaji khas kepada penjawat awam yang memerangi wabak COVID-19 sejak 3 tahun lalu dalam Bajet Mini 2023.

Beliau berkata, penjawat awam telah memberi pengorbanan dan sumbangan penting dalam memerangi Covid-19 sejak 3 tahun lalu, terutama kakitangan perubatan yang menjadi barisan hadapan.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan bersetuju untuk meneruskan pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam gred 11 hingga 56.

“Saya berharap cadangan kenaikan gaji khas ini dapat dipertimbangkan.”

Dominic Lau membuat kenyataan di atas selepas menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Majlis Parlimen ke-15 Dewan Negara.

“Walaupun ganjaran wang tidak setimpal pengorbanan yang ditabur oleh penjawat awam, tetapi ia serba sedikit dapat membantu meningkatkan motivasi dan mutu kerja mereka”

Pada masa yang sama, Dominic Lau mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM10,000 untuk setiap mangsa yang meninggal dunia dalam runtuhan tanah di Batang Kali.

Beliau mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan kadar sumbangan RM50,000 kepada keluarga mangsa kerana mereka terpaksa menanggung kesakitan kehilangan orang tersayang,

“Malah sesetengah ahli keluarga, khususnya mangsa yang terselamat perlu menanggung kos rawatan perubatan dan kaunseling.

PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN
YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI

Leave a Reply