Oleh: Nasrul Ali Hasan bin Abdul Latif
Ketua Pergerakan Wira PUTRA Malaysia

23 DISEMBER 2022 | 27 JAMADILAWAL 1444H

Tender Terbuka adalah kaedah rundingan terbaik tetapi prosedurnya lambat dan mengambil masa yang lama. Jika suatu projek yang perlu di siapkan segera, jika melalui tender terbuka pasti tidak dapat di sempurnakan dengan segera.

Pelaksanaan projek melalui runding terus atau direct nego pula sememangnya cepat, tetapi harga yang ditetapkan adakala tidak masuk akal. Syarikat yang diberi tender secara direct nego pula pasti mengambil kesempatan dengan meletakkan harga yang terlalu tinggi sehingga bayaran komisyen untuk pelobi pun di masuk dalam kos projek, maka ia akan menjarah khazanah negara dan wang rakyat.

Satu lagi cara ialah melalui Tender Terhad. Ini dikira antara kaedah terbaik jika dibandingkan dengan Tender Terbuka jika projek yang kerajaan hendak laksanakan dalam kadar segera dan dikira penting seperti projek Tebatan Banjir sebagaimana yang di umumkan oleh YAB PM semasa melawat kawasan banjir di Kelantan pada 21 Disember 2022 (semalam).

Namun, dalam pada ia satu kaedah yang baik dan mampu menjimatkan masa, masih terdapat salah laku atau penyelewengan yang boleh berlaku yang akhirnya tetap merugikan wang negara. Harga tender terhad juga boleh melambung tinggi jika tidak ada mekenisme yang berkesan serta pemantauan yang teliti sewaktu proses tender terhad ini dilaksanakan.

Lazimnya, pihak atasan atau pihak berkepentingan akan menamakan secara senyap-senyap Syarikat yang akan di tawarkan melaksanakan projek melalui tender terhad. Samalah juga dengan mengenal pasti Syarikat untuk di beri projek secara rundingan terus.

Maka, Syarikat yang dikenal pasti untuk menerima tender terhad pula secara senyap-senyap akan mengatur 2 atau 3 Syarikat supaya menyertai tender terhad terbabit. Akan tetapi, 2-3 Syarikat ini mengemukakan harga yang terlalu tinggi dan ianya merupakan pakatan atau konspirasi yang di atur lebih awal. Maka 2 atau 3 Syarikat ini di kira kalah kerana harga yang ditawarkan tinggi. Namun, 2 atau 3 Syarikat ini akan mendapat imbuhan atau ganjaran 3-5 % tiap-tiap Syarikat dari nilai harga SYARIKAT YANG BERJAYA memperolehi tender melalui tender terhad tersebut.

Inilah yang akan berlaku apabila rundingan projek di laksanakan melalui tender terhad.
Apa saja penyelewengan dan salah guna kuasa pasti berlaku kalau tatakelola dan pengurusan tidak di lakukan secara telus dan berintegriti.

Kita bangga dengan cerdik pandai dan profesional di dalam kerajaan, tapi kerana mereka cerdik pandai dan profesionallah, maka terdapat mereka yang dapat atur penipuan dengan cara yang amat halus tapi kelihatan patuh terhadap peraturan atau rule of law.

Oleh itu, Wira PUTRA menggesa YAB PM mengambil maklum secara serius dan tegas kerana kaedah tender terhad juga boleh berlaku ketirisan serta penyelewengan dan kos yang bakal di belanjakan akan merugikan wang negara. Pilih kasih juga wajib di ketepikan agar jangan kroni berterusan bermaharajalela.

Leave a Reply