Gua Musang, 24 Disember 2022 JAKOA mengambil maklum akan isu yang dihadapi oleh penduduk Orang Asli Pos Balar. Untuk makluman, urusan penghantaran bantuan Bakul Makanan menggunakan helikopter telah dibincang bersama Unit Udara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada 13 Disember 2022.
Penghantaran Bakul M akanan akan dibuat bermula pada 25 Disember 2022 (Ahad) sehingga 30 Disember 2022 (Khamis). Di antara lokasi yang terlibat ialah Pos Gob (187 KIR), Pos Simpor (210 KIR), RPS Balar (223 KIR), Belatim (185 KIR) dan seterusnya Pos Bihai (304 KIR).
Walau bagai kelancaran gerak kerja penghantaran ke lokasimanapun, lokasi yang telah ditetapkan adalah tertakluk juga kepada keadaan cuaca kerana ianya menjadi faktor utama bagi penerbangan helikopter.
Keperluan penghantaran bakul makanan ini memang dalam perancangan pihak JAKOA, namun ianya tidak dapat dilaksanakan lebih awal disebabkan oleh penugasan helikopter pihak Bomba yang lebih memerlukan di kawasan yang terjejas dengan banjir di negeri Kelantan dan Terengganu yang berlaku pada beberapa hari yang lepas.
Penghantaran melalui kenderaan darat pula tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh keadaan jalan yang teruk dan terdapat runtuhan tanah yang berlaku di antara Pos Balar dan Pos Belatim iaitu berhampiran Kg. Dakoh.
Bagi urusan itu, pihak JAKOA telah berbin JKR KESEDAR untuk kerjacang dan bekerjasama dengan pihak kerja pembersihan runtuhan serta pembaikan cerun.
Namun kerjakerja di lapangan mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan keadaan jalan yang teruk serta cuaca yang masih buru k yang menyukarkan jentera berat untuk masuk dan sampai ke lokasi kejadian.