PUTRAJAYA, 26 Januari 2022 – Hari ini Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Sri Dr Shahidan Kassim menyerahkan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada Komuniti TiongHua di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Kementerian melalui Perbadanan Putrajaya amat prihatin terhadap masyarakat TiongHua telah menganjurkan pelbagai program sumbangan untuk mereka. Kebetulan pada tahun ini, perayaan Tahun Baharu Cina bakal disambut pada 1 Feb ini dan pada tarikh yang sama juga, kita juga menyambut Hari Wilayah Persekutuan.
Adalah menjadi harapan agar semua dapat menyambut perayaan tersebut dengan penuh keceriaan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Justeru, Majlis hari ini merupakan satu usaha mendekati warga Putrajaya berbangsa Tionghua dan sekaligus mengeratkan lagi perpaduan sesama kaum selaras dengan Slogan #KeluargaMalaysia.
Seramai 38 keluarga hari ini menerima bantuan Tahun Baharu Cina yang dipilih melalui Majlis Perwakilan Penduduk Putrajaya (MPP). Mereka menerima bantuan wang tunai RM150 berserta limau mandarin.
Semoga dengan pemberian ini dapatlah meringankan sedikit meringankan beban kepada mereka yang terkesan dengan pandemik Covid19 dan seterusnya dapat memberi sinar kepada mereka untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina 2022 kali ini.