Kuala Lumpur, 27 Januari 2022 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menubuhkan Jawatankuasa Dana Khas Zakat bertujuan membantu golongan usahawan yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 Jawatankuasa Dana Khas Zakat MEDAC telah meluluskan agihan zakat kepada 314 esnaf usahawan yang telah dikenalpasti dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Agihan zakat ini akan disalurkan oleh agensi-agerisi di bawah MEDAC termasuk Pernas.
Pernas telah memperuntukkan Zakat Wakalah sebanyak RM50,000.00 untuk disumbangkan kepada golongan asnaf usahawan pada Majlis Penyerahan Zakat Pernas yang disampaikan oleh YB Tan Sri Noh Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) di Menara Berkembar Bank Rakyat hari ini Seramal 25 orang asnaf usahawan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima sumbangan sebanyak RM2,000.00 seorang.
Mengulas mengenai penyerahan zakat tersebut, YB Tan Sri Noh Haji Omar menyatakan penyerahan sumbangan zakat ini diharap dapat membantu meringankan beban kewangan golongan asnaf usahawan yang terkesan untuk membangunkan semula perniagaan mereka.
“MEDAC dan agerisi-agenisi di bawahnya prihatin dengan situasi semasa yang melanda negara dan akan sentiasa melihat keperluan yang timbul dari semasa ke semasa bagi membantu semua pihak khususnya golongan usahawan untuk meringankan beban mereka,” tambah beliau.
Selain program penyerahan zakat hari ini, MEDAC melalui agensinya, Pernas turut melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu Program Asnafpreneur yang bertujuan memberi suntikan modal kepada golongan asnaf yang ingin memulakan perniagaan prafrancais di bawah Program Business in Transformation (BIT) melalui program kendalian Pernias iaitu Projek “Be Your Own Boss (BYOB)”.
Pernas dengan kerjasama MAIWP telah mengenalpasti 50 orang asnaf dalam kalangan wanita dan belia yang berumur 21 sehingga 60 tahun untuk menyertai Program Ashafpreneur Melalui program ini, mereka dibimbing oleh Pernas melalui kursus latihan selama lima (5) han secara fizikat, sesi padanan perniagaan bagi pakej perniagaan di bawah Program BIT dan pemantauan perniagaan selama enam (6) bulan selepas perniagaan dijalankan
Pernas telah memperuntukkan sebanyak RM266.635.00 bersamaan RM5,000.00 bagi setiap peserta program melalui penyaluran wang Zakat Wakalah sebagai modal permulaan perniagaan Bagi peserta yang memilih pakej perniagaan program BIT yang melebihi RM5,000.00 mereka boleh memohon bantuan pembiayaan sehingga 90% dengan kadar pembiayaan 3 75% dan saiz pembiayaan sehingga RM25,000.00 daripada Pernas
Menurut YBrs Encik Mohd Hilaluddin, Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif Pernas, program ini memben peluang kepada para asnat untuk meneroka peluang perniagaan prafrancais dengan bantuan dan bimbingan daripada Pernas Inisiatif in dilihat dapat membantu mereka untuk menambahbaik taraf kehidupan dan menjana pendapatan yang lebih baik
Turut hadir program hari ini ialah YBhg Dato’ Suriani Binti Dato Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC).