KUALA LUMPUR 31 JANUARI 2022: Bersempena pelancaran Hari Usahawan Negara (HUN) 2022 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM), turut dilancarkan Aplikasi dan Website HUN 2022 (www.hariusahawan negara.com.my).

Majlis pelancaran yang dirasmikan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Yang Berhormat Tan Sri Noh Omar ini menggabungkan beberapa misi dan visi DPUKM.

Sebagai Dewan Perniagaan yang ditubuh kan pada Mac 2013, DPUKM dikendalikan seratus peratus bumiputera dengan kerjasa ma dari kementerian-kementerian, agensi kerajaan, koperasi dan swasta.

DPUKM mempunyai matlamat jelas dalam memartabatkan usahawan di negara ini teru tamanya golongan bumiputera dengan mewujudkan kesedaran agar menarik minat lebih ramai orang untuk menceburi bidang keusahawanan.

Selain itu, DPUKM turut membantu menaikkan taraf usahawan kecil dan seder hana (IKS) untuk menjadi lebih berdaya saing serta menyatupadukan semua usahawan agar mempunyai jaringan perniagaan yang lebih meluas.

Presiden DPUKM, Yang Berbahagia Dato’ Sri Abu Hasan Mohd Nor berkata, HUN 2022 bakal berlangsung selama lima hari dari 24 hingga 28 Mac 2022 di WTC, Kuala Lumpur merupakan acara julung kali diadakan di Malaysia dan bakal dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malay sia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya berharap HUN 2022 akan ditak wimkan sebagai acara tahunan di Malaysia. Hal ini kerana, masih belum ada satu hari khusus untuk meraikan usahawan negara seperti mana Hari Usahawan Negara,” ujarnya.

Menurutnya lagi, HUN 2022 diadakan khusus buat usahawan (IKS) untuk berkem bang lebih jauh menerusi Aplikasi dan Web site HUN 2022 yang dilancarkan pada hari ini.

Aplikasi dan Website HUN2022 diwujud kan bagi mempromosikan produk IKS secara dalam talian dan membolehkan jualan secara terus kepada pelanggan selain sebagai platform berkongsi informasi.

“HUN 2022 diadakan untuk merancakkan kembali ekonomi negara dengan mewujud kan peluang yang lebih luas selepas ramai usahawan terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Buat masa, ini 80 hingga 90 peratus perni agaan dalam Malaysia berada di bawah IKS dan hanya dua puluh peratus golongan usa hawan korporat kita berjaya mengeksport produk mereka ke luar negara,” jelasnya.

HUN 2022 adalah acara terbaik buat usahawan IKS kerana mereka bakal me nerima pendedahan pelaksanaan produk seperti pelabelan, pembungkusan, pem biayaan dan penggunaan teknologi digi tal dalam perniagaan.

Tambah beliau, lebih 2,000 lot pameran disediakan di dalam dan luar (perkarangan) WTCKL.

Sebanyak kira-kira 300 lot pameran pula diperuntukkan buat usahawan luar negara serta 100 lot pameran khas buat selebriti tempatan.

Seramai 5,000 hingga 10,000 pengun jung dijangka hadir setiap hari pada HUN 2022 kerana terdapat pelbagai acara menarik turut disediakan.

Antaranya, persembahan penyanyi po pular dan kumpulan busker; aktiviti me masak selama 72 jam tanpa henti; 72 jam operasi rumah hantu yang dikendalikan oleh anak-anak tahfiz, himpunan food truck; pameran motosikal dan kereta klasik serta mewah.

Demi menjaga keselamatan usahawan dan pengunjung yang hadir, acara HUN 2022 diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah di tetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dalam pada itu, pada majlis pelancaran HUN 2022, penyanyi Keena Mentor telah dipilih untuk menyanyikan lagu tema HUN 2022 selain persembahan oleh penyanyi Dato’ Hattan dan Ayu Damit.

Sebarang maklumat tentang HUN 2022 boleh didapati dengan melayari website HUN 2022, www.hariusahawannega ra.com.my dan media sosial rasmi, HUN Malaysia (Facebook) & hun2022official (Instagram).

Leave a Reply