KUALA LUMPUR, 4 Januari 2023 – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, YB Datuk Sri Dr Wan Azizah Dato’ Dr. Wan Ismail menyerahkan baucer bayaran Faedah Pengurusan Mayat PERKESO kepada waris arwah Sapian di pejabat YB Ahli Parlimen Bandar Tun Razak beralamat di No. 41-1, Jalan Dwi Tasik, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras Kuala Lumpur disini hari ini.

Arwah Sapian Noordin, 52 tahun meninggal dunia pada 29/12/2022 akibat lemah jantung dan meninggalkan tanggungan seorang balu dan seorang anak yang berumur di bawah 21 tahun. Caruman terakhir Allahyarham Sapian dengan PERKESO adalah pada Julai 2020 dan arwah merupakan bekas kakitangan di Hume Marketing Co Sdn Bhd.

Selepas itu, dimaklumkan bahawa arwah Sapian sering merasa tidak sihat dan telah menamatkan perkhidmatannya dengan syarikat tersebut.

Atas faktor kesihatan yang tidak menentu arwah telah membuat permohonan Faedah Pencen Ilat dengan PERKESO dan disahkan mengidap keilatan pada sidang jemaah doktor yang diadakan pada 13 Disember 2022 lalu. Arwah juga sering menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara dan berhasrat untuk memasang bateri di jantung beliau namun hasrat tersebut beliau itu tidak kesampaian.

Prihatin dengan nasib yang menimpa arwah Sapian yang semasa hayatnya beliau pernah dikunjungi oleh Yang Berhormat Datuk Sri Dr. Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail pada bulan November lalu semasa sesi lawatan prihatin di sekitar Bandar Tun Razak.

Skuad PERKESO Prihatin (SPP) Kuala Lumpur yang menerima maklumat mengenai keadaan arwah Sapian sebelum ini telah membantu beliau dalam permohonan di bawah Skim Keilatan dan sejurus dimaklumkan mengenai kematian arwah sekali lagi SPP Kuala Lumpur telah bertindak melawati waris arwah dan memaklumkan mengenai kelayakan faedah yang boleh dituntut dan hasil semakan mendapati bahawa waris layak mendapat pencen penakat secara bulanan berjumlah RM 1,402.92 dengan pecahan syer balu sebanyak 3/5 berjumlah RM 841.75 dan syer anak sebanyak 2/5 x 1 orang berjumlah RM 561.17. Manakala bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM 2,000.00.

Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Rusnizah Hamzah, 49 tahun bersama seorang anak tanggungan di bawah 21 tahun iaitu Nur Atifah Syazwani Sapian, 19 tahun.

Leave a Reply