KUALA LUMPUR, 4 Januari 2023 – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa Kerajaan untuk membenarkan pengeluaran KWSP maksima RM10,000 atau 50% ( yang mana lagi rendah) kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripada jumlah tersebut.
Naib Presiden GERAKAN, Baljit Singh berkata, pengeluaran KWSP ini serba sedikit dapat membantu rakyat dalam keadaan ekonomi yang membebankan rakyat dan tidak stabil pada masa ini.
“Inisiatif ini sekaligus dapat meringankan beban mereka dengan kenaikkan harga barang keperluan seperti telur, minyak, ayam dan lain-lain.
“Realitinya masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan lagi terutamanya kepada peminjam bank yang risau OPR akan naik tahun ini.” katanya dalam satu kenyataan hari ini
Sehubungan itu, Baljit mencadangkan Kerajaan Perpaduan berunding dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pengeluaran tersebut.
“Saya cadangkan Kerajaan boleh membuat pengeluaran KWSP secara bersyarat”
“Contohnya pencarum hanya boleh keluarkan RM10,000 maksima dan bagi pencarum yang kurang daripada jumlah tersebut hanya dibenarkan 50% daripada jumlah baki sedia ada” ujarnya.
“Permainan politik patut diberhentikan kerana Pilihanraya sudah selesai dan sekarang adalah masa membantu rakyat” tambahnya
GERAKAN yakin dan percaya inisiatif ini sangat membantu rakyat untuk menjadi wang simpanan juga ekoran daripada kemungkinan berlaku gelombang kedua varian baharu COVID-19.
BALJIT SINGH
NAIB PRESIDEN NASIONAL GERAKAN