Oleh: Mohd Puad Zarkashi
Alhamdulillah Tan Seri Shahril Samad hari ini dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya. Saya hadir di Mahkamah turut bersyukur. DS Najib yang hadir sebagai saksi juga ucap tahniah kepada Shahril dan team peguamnya.
Bila ditanya oleh Hakim apakah pihak pendakwa akan mendakwa lagi Shahril di masa lain, mereka jawab tidak. Sebab itu Shahrir dibebaskan sepenuhnya.
Kenapa gugur kes? Kerana pegawai penyiasat sendiri mengaku siasatan tidak lengkap tetapi Peguam Negara ketika itu arah teruskan dakwaan.
Persoalannya siapa culprit? Sebab itu PM kena segera melakukan “Reformasi Institusi”. Banyak pendakwaan termasuk terhadap Najib dan Zahid meragukan. Sistem keadilan diperkosa.
Kalau kes Shahril Samad gugur, maka dakwaan terhadap Najib, Rosmah dan Tan Seri Shafie menggunakan kaedah sama iaitu AMLA/LHDN juga patut gugur. Dakwa Nazlan segera.