PUTRAJAYA – Sebagai langkah menyambungkan dari acara pertama Malaysia Influential Educators yang mendapat sambutan meriah, Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) telah dipertanggungjawabkan dalam memastikan pendidikan negara tetap menjadi asas dalam kehidupan, negara dan kemanusiaan.

Untuk itu, Majlis Tindakan Pengguna Negara melakukan program ‘Malaysia Influential Educators’ baru-baru ini bagi mengiktiraf seramai 92 tokoh pendidik negara ini yang telah memberi sumbangan demi kemajuan pendidikan negara, dengan harapan bahawa kumpulan clit ini mendapat galakan untuk memacu ekonomi negara.

Selain itu, acara yang dianjurkan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif MTPN yang diharapkan boleh memberi galakkan agar pendidikan bukan sahaja mengajar melalui buku, tetapi yang lebih penting adalah mendidik insan yang berakhlak mulia.

Majlis pengiktirafan dan pewarisan pendidikan kali ketiga ini telah berjaya disempurnakan dengan jayanya di Hotel The Marriott Bonvoy, Putrajaya hari ini.

Menurut Pengerusi MIE, Cik Tiffany Tan Tian Yee, beliau berkata, “Sebagai seorang pendidik, tidak seharusnya memberi fokus kepada prestasi akademik murid-murid sahaja, tetapi pemikiran kritikal dan keperibadian yang mulia juga amat penting.”

Akibatnya, pendidikan bukan semata-mata mengajar anak murid, tetapi juga merangkumi aspek mendidik dan mengasuh seseorang. Pemupukan nilai-nilai mulia adalah intipati pendidikan insan.

Tambah CikTiffany, untuk menyampaikan idea pewarisan pendidikan, penerima anugerah ‘Malaysia Influential Educators’ sebelum ini juga dijemput untuk memberikan persembahan bersama anak murid mereka bagi memupuk interaksi di antara mentor dan murid.

Kata Cik Tiffany lagi, “pentaksiran berasaskan sekolah ‘school-based assessment’ yang membantu sekolah untuk menilai potensi sebenar murid-murid kerana ia lebih inklusif dan holistik. Murid-murid juga tidak perlu bersaing semasa sendiri.

Turut hadir acara pengiktiraran tokoh pendidik ini ialah Yang Berbahagia Dr. Nik Adi Sukiman bin Nik Ahmad Fauzi, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri; Yang Berbahagia Tuan Heizrul Bin Ali,Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Bahagian Perancangan Strategik Dan Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Malaysia; Yang Berbahagia Tuan Noraffendy bin Abd Khalid, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri; Yang Berbahagia Tuan Nurul Azhar Bin Husin, Pengarah Negeri, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor, YBRS.Prof Dr. Azman Bin Ab Rahman; Profesor VK7 Penyelaras Penyedidikan Dan Inovasi USIM, Yang Berusaha Tuan Rahwan Azar Bin Romli Pensyarah Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian USM Pahang, Yang Berusaha. Tuan Muazam Bin Mokhtar Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmat Awam; Presiden MTPN Dato Paduka KV Kevy Yeo; Setiausaha Agung MTPN Yang Berusaha Tuan Masrudi Bin Abdul Rahman dan Pengerusi MIE Cik Tiffany Tan Tian Yee.

Objektif utama majlis pengiktirafan Malaysia Influential Educators ini kerana pendidikan mempunyai tanggungjawab yang sangat berat, dan merupakan misi yang berakhlak mulia.

Pun begitu, TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional) juga tidak seharusnya dipandang ringan, ini kerana ia boleh menjadi salah satu laluan bagi murid-murid yang sedang mencari laluan kerjaya masa depan mereka supaya memperoleh pendapatan yang tinggi pada masa depan.

Usaha Kementerian Pendidikan ini perlu diberikan penghargaan atas usaha promosi yang berterusan dalam membantu pembangunan bakat vokasional yang menjadi komponen kritikal untuk Malaysia yang lebih baik dan makmur.

Tuan Heizrul Ali dari Bahagian Perancangan Strategik & Hubungan Antarabangsa Kementerian Pedidikan Malaysia berkata, “Cabaran pendidikan pada masa kini tidaklah sama ketika di zaman persekolahan kita dahulu.

“Cabaran guru-guru dan pendidik pada ketika itu lebih kepada memberikan pendidikan antara anak murid, memastikan kerja-kerja sekolah yang diberikan dapat disiapkan, anak-anak murid cemerlang dalam peperiksaan, dan dapat membentuk disiplin dan sahsiah diri agar dapat menjadi seorang insan yang dapat memberi manfaat dan sumbangan kepada negara.

“Namun demikian, selain daripada cabaran-cabaran pendidikan sedia ada, perubahan dunia pendidikan yang lebih drastik dan mencabar tiba sejurus ketibaan covid-19 penghujung tahun 2019. Perubahan ini bukan sekadar perubahan kepada pendidikan semata-mata, tetapi ia juga merupakan perubahan besar lanskap dan aspek kehidupan manusia seluruh alam. Nak tak nak, inilah cabaran yang akan kita sebagai guru dan pendidik, hadapi bersama-sama. Di antara cabaran pendidikan era baharu adalah pendidikan digital, akses kepada pendidikan post-covid-19 dan Global Citizenship Education.”

“Pendidikan digital kini merupakan salah satu pemacu utama dalam perkembangan ekonomi negara. Penguasaan dalam kemahiran digital menjadi semakin penting di era revolusi industri 4.0, internet of things dan juga proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teknologi.

“Walaubagaimanapun, kesemua agenda ke arah pembangunan digital ini tidak dapat dicapai sekiranya jurang digital dan akses kepada kemudahan ini masih meluas dalam negara.

Justeru, strategi-strategi bagi merapatkan jurang ini hendaklah dirangka dan dilaksanakan.

Kejayaan dalam memastikan pengurangan kadar jurang digital adalah penting bagi meningkatkan lagi kadar fasih digital dan sekaligus memupuk proses inovasi dalam masyarakat.

“Penekanan terhadap aspek pendidikan digital ini juga dilihat selaras dengan matlamat Sustainable Development Goals (SDG) ke-4 iaitu mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti dan juga matlamat ke-10 iaitu mengurangkan ketidaksamaan.”

Leave a Reply