PHNOM PENH, 14 Oktober 2025 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini selamat tiba di Phnom Penh, Kemboja dalam rangka lawatan rasmi bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN dalam Pengurusan Bencana (AMMDM) Ke-13 dan COP-AADMER Ke-14.

Ketibaan beliau disambut mesra oleh Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Kemboja bagi Hal Ehwal Islam, TYT Datuk Dr Othsman Hassan, Duta Besar Malaysia ke Kemboja, TYT Shaharuddin Onn bersama pegawai-pegawai kedutaan serta Setiausaha Agung NCDM, TYT Kim Virak.

Dalam lawatan ini, Zahid akan menyampaikan Kenyataan Menteri Malaysia pada sidang rasmi tersebut serta mengadakan siri pertemuan dengan kepimpinan tertinggi Kemboja, termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Kemboja.

Menurut beliau, Malaysia dan Kemboja berkongsi semangat serantau yang sama, terutama dalam memperkukuh daya tahan bencana serta meluaskan kerjasama dalam sektor ekonomi halal, pendidikan teknikal (TVET), telekomunikasi dan pelaburan desa.

“Saya percaya bahawa dengan hubungan yang erat dan berterusan, kita bukan sahaja memperkukuh ASEAN, tetapi turut memperteguh masa depan rakyat serantau,” katanya.


Lawatan rasmi ini diyakini bakal membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara kedua-dua negara, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia dalam pentas diplomasi serantau.

#DiplomasiMalaysia #ASEANBersatu #ZahidHamidi #MisiKemboja #KerjasamaSerantau #EkonomiHalal #TVET #PelaburanDesa #ASEANStrong #MalaysiaKemboja

Leave a Reply

google.com, pub-1350607744479823, DIRECT, f08c47fec0942f