KUALA LUMPUR, 10 Januari 2023 – Murid-murid Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) yang kurang berkemampuan atau miskin tegar (B40) untuk membeli kelengkapan persekolahan seperti buku dan pakaian boleh menarik nafas lega dengan pergi berjumpa guru-guru untuk mendapatkan bantuan persekolahan daripada kerajaan.

Menurut Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Kaum India, Datuk Sri Ramesh Rao, beliau meminta para guru berkenaan untuk menghubungi beliau segera supaya bantuan kepada murid yang memerlukannya dapat segera diberikan supaya dapat ke sekolah tanpa sebarang masalah.

Beliau berkata, pembelajaran dapat dilakukan pada tahap terbaik dengan hati yang tenang dan minda yang sihat serta tidak memikirkan perkara lain seperti kesusahan keluarga.

“Usaha untuk melahirkan individu cemerlang dalam pendidikan perlu dimulakan segera dan segala masalah yang dihadapi untuk menjalani sesi persekolah wajar dibantu sepenuhnya segera untuk mereka belajar dengan sempurna,” katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Ramesh berkata inisiatif ini dibuat dengan usaha beliau sendiri supaya ia dapat diagihkan dengan segera memandangkan bantuan melalui peruntukan kerajaan akan mengambil sedikit masa.

“Saya mulakan usaha ini awal supaya mereka dapat dibantu ketika sesi persekolah masih di peringkat awal, saya akan menggunakan peruntukan sendiri yang ada untuk bantu mereka,” katanya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada para di sekolah Tamil khususnya yang tahu ada murid mereka yang amat memerlukan mendapatkan butiran mereka dan menyerahkannya secepat mungkin.

Sesi persekolahan telah bermula pada 3 Januari lepas selepas bercuti selama tiga minggu.

Untuk rekod, Datuk Sri Ramesh Rao dilantik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India untuk membantu semua permasalahan berkaitan rakyat berbangsa India di seluruh negara.

Justeru, guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang telah mengenalpasti murid-murid B40 boleh menghubungi Datuk Sri Ramesh Rao di talian 012-3560105 dan 016-3112371.

Leave a Reply