KUALA LUMPUR, 18 Januari 2023 – Majikan di negara menggesa kerajaan untuk melulus dan memudahcarakan pengambil asing bagi sektor yang telah dibekukan 10 tahun lalu.
Menurut Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Datuk N. Gobalakrishnan berkata, pembekuan pekerja asing bagi sektor berkenaan belaku sejak 2013.
Katanya, dasar yang diperkenalkan itu telah menjejaskan majikan berbangsa India yang memerlukan kira-kira 50,000 pekerja asing dalam pelbagai sektor.
“Ada sektor yang dibekukan di bawah tajuk perkhidmatan. Diharapkan bahawa sektor ini dipermudahkan, dilonggarkan dan diberi kelulusan,” katanya dalam sidang media di pejabat MAICCI disini.
Tambahnya lagi, pihak majikan sudah memperjuangkan perkara ini sejak 10 tahun lalu untuk mendapatkan kelulusan berkenaan, namun ianya tidak berjaya diselesaikan disebabkan beberapa kali Perdana Menteri berubah kerana masalah ketidaktentuan politik negara.
Kata Gobalakrishnan, Perdana Menteri ke 10, Datuk Sri Anwar Ibrahim sudah diberi maklum mengenai isu ini dan berharap pihak majikan di bawah MAICCI dapat bersama-sama dalam menyelesaikan masalah pembekuan pekerja asing ini.
“Kalau tidak dibenarkan, ini akan memberikan sedikit sebanyak peluang untuk pekerja asing yang tidak didaftar masuk dan membuat perniagaan dan kerajaan tidak akan dapat sebarang keuntungan darinya dan ada pihak yang akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari segi membawa masuk pekerja asing,” katanya.
Majikan di bawah MAICCI hanya memerlukan lebih kurang 70,000 pekerja asing bagi memenuhi keperluan agar pemilik perniagaan dapat menjalankan operasi mereka oleh kerana rakyat di negara ini sudah tidak berminat dengan pekerjaan itu, jelasnya.
Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Datuk Jawahari Ali Taib Khan berkata, majikan yang memerlukan pekerja asing hanya sekadar mencukupi untuk teruskan operasi sahaja.
“Seperti kedai gunting, maksimum yang dipakai hanya dua orang sahaja, satu kedai runcit dapat dua pekerja asing pun sudah memadai,” katanya.
Untuk rekod, Kerajaan pada 2013 lalu telah mengambil keputusan membekukan pengambilan pekerja asing untuk sektor perkhidmatan restoran, tukang emas, tekstil, pengedar surat khabar, gunting rambut, dan besi buruk yang dikenali sebagai perniagaan tradisi masyarakat India.