PETALING JAYA – 2 Pengarah Eksekutif Syarikat Revenue Group Berhad yang digantung tugasnya ingin menuntut pihak syarikat penyedia memberikan penjelasan berhubung tindakan yang dikenakan terhadap mereka seperti yang dibuat oleh Syarikat kepada Bursa Malaysia Securities Berhad masing-masing pada 4 Januari 2023 dan 5 Januari 2023 lepas.

2 Pengarah itu iaitu, Brian Ng Shih Chiow dan Dino Ng Shih Fang mempunyai hak untuk mengetahui apakah sebabnya mereka digantung jawatan mereka itu.

Mereka mempersoalkan tindakan penggantungan sehingga ketika sidang media diadakan itu oleh keraja tidak ada sebarang surat rasmi yang yang dikeluarkan terhadap mereka.

“Beberapa hari sebelum Pengumuman tersebut, iaitu pada 29 Disember 2022, mereka masing-masing diberi surat oleh syarikat meminta mereka menjelaskan dakwaan berikut.

Brian Ng sebagai seorang Pengarah Eksekutif syarikat Revenue Harvest Sdn Bhd yang telah diberikan surat tunjuk sebab selepas dikatakan telah meluluskan satu pembayaran penghantaran gulungan tisu termal oleh pihak Safety & Bullet Film Sdn Bhd (SBF) yang kononnya untuk pembelian gulungan kertas haba.

Bagaimanapun, gulungan kertas termal itu dipercayai tidak diedarkan oleh SBF bagi tempoh tertentu.

Kata Brian Ng, terdapat invois dan pesanan penghantaran untuk pembekalan gulungan terma yang akan menunjukkan bahawa ia memang dihantar, tetapi surat tersebut dibuat tanpa merujuk kepada sebarang butiran seperti tarikh invois, nombor invois, kuantiti yang dibeli dan jumlah pembayaran.

Brian Ng juga ada menulis kepada syarikat untuk mendapatkan penjelasan mengenai butiran transaksi dan pada masa yang sama juga mempersoalkan bagaimana boleh meluluskan pembayaran tanpa persetujuan pengarah bersama, Eddie Ng Chee Siong.

Surat tunjuk sebab seharusnya perlu diberikan kepada Eddie Ng dalam hal berkenaan.

Manakala Dino Ng pula diberi surat tunjuk sebab berkaitan dakwaannya yang enggan menukar hak milik kereta jenis Toyota Vellfire bernombor pendaftaran BPR3108 kepada syarikat walaupun terdapat pelbagai permintaan sedangkan pihak syarikat tidak pernah mempersoalkan tuntutan pemilikan kenderaan sejak empat tahun lalu.

Kata Dino Ng, kereta Toyota Vellfire itu merupakan hadiah cabutan bertuah daripada CIMB Bank Berhad pada tahun 2018, tetapi bagi menjimatkan wang cukai jalan, yang berkali ganda kosnya, maka kereta itu didaftarkan di bawah namanya bagi tujuan kegunaan syarikat.

Fungsi 2 Pengarah Eksekutif iaitu Ng Shih Chiow dan Ng Shih Fang yang digantung pada 4 Januari lalu dan masih lagi menunggu maklum balas daripada syarikat

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat Revenue Group Bhd, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Revenue, Datuk Eddie Ng Chee Siong memaklumkan bahawa Lembaga Pengarah beri jaminan kepada semua pihak yang berkepentingan, segala operasi harian berjalan seperti biasa dan akan buat pengumuman selanjutnya sekiranya terdapat sebarang maklumat baharu berhubung perkara itu.

Untuk rekod, Revenue Group Bhd itu merupakan syarikat senaraian awam dan pernah tersenarai dalam Forbes Asia’s Best Under A Billion 2020 berdasarkan rekod hasil syarikat kurang daripada AS$1 bilion (RM4.19 bilion) dan konsisten peroleh jualan kasar dan pendapatan bersih syarikat.

Leave a Reply