KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menamakan Dato’ Dr Asyraf Wadi Dusuki sebagai Setiausaha Agung UMNO dan Dato’ Seri Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu bagi sesi 2023-2026.

Mesyuarat yang diadakan hari ini adalah yang pertama selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac 2023 yang lalu.

UMNO juga turut membuat perlantikan beberapa pegawai-pegawai utama parti, Ahli MKT (Lantikan) dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri untuk sesi 2023-2026 ini.

Selain itu, mesyuarat juga mengambil ketetapan seperti berikut:

  1. UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perpaduan Malaysia dan komited untuk memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan ini demi kestabilan negara.
  2. UMNO turut menzahirkan kebimbangan sentimen permainan kaum dan agama yang terus menular. Justeru menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas bagi membendung fenomena yang boleh merosakkan keharmonian negara.
  3. UMNO beriltizam untuk membantu kerajaan melalui wakil-wakil parti dalam Kerajaan untuk menangani isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat.
  4. Di samping itu, MKT UMNO juga mengambil maklum perjalanan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang telah pun menubuhkan Majlis Perundingan Pimpinan dan Jawatankuasa-Jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kesemua parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Leave a Reply