KUALA LUMPUR – Campur tangan ibu pengarah sensasi, Datin Patimah Ismail tidak asing lagi dalam isu rumah tangga anaknya, Syamsul Yusof dan aktres, Puteri Sarah Liyana.
Patimah dalam hantaran terbaharu di IGnya, membuat kenyataan dengan berharap Puteri Sarah Liyana berdamai dengan bersyarat dalam kemelut rumah tangga, namun menyerahkan keputusan sendiri bersama harta paling berharga paling di dunia, iaitu anak-anaknya.
“Assalam, jangan buat spekulasi! Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat tapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya.
Dalam akaun sama, Patimah turut memuat naik hantaran di Instastories, turut merasai penderitaan ditanggung aktres itu ketika ini.
Patimah dan suaminya yang juga pengarah terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam itu, malah menjelaskan Puteri Sarah Liyana adalah menantunya dunia dan akhirat.
“Puteri Sarah Liyana, mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung, Sarah berhak membuat keputusan sendiri. Harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah. mama tetap doakan kebahagian Sarah. Puteri Sarah menantu kami dunia akhirat,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Megat Kamaruddin turut berkongsi posting terbaharu di Instagramnya dengan mengucapkan syukur diatas rasa kesedihan dan kekecewaan disebabkan manusia. Ia membuatkannya berasa lebih dekat dengan Allah SWT
Puteri Sarah Liyana dilaporkan masih konsisten dengan pendiriannya untuk bercerai, punca proses damai dengan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, gagal menemui noktah.
Proses berkenaan dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof tidak selesai menerusi Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini.