KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Yang Amat Setia KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia hari ini telah menghadiri Majlis Pelancaran Ops Prihatin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sempena Aidilfith Tahun 2023 Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Amat Setia TPj. Bersekutu (PA) Dato Dato’ Ismail bin Mohd Zawawi Timbalan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam, Pengarah Bahagian Bencana dan Operasi YS Kol. (PA) Sharudin bin Md Zain, Pengarah Kanan APM. Komandan, pegawai dan anggota pertahanan awam yang bertempat di Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Ops Prihatin adalah kesinambungan Ops Bantu yang telah diperkenalkan pada tahun 2010 sehingga tahun 2021 dan telah direjuvensi kepada Ops Prihatin APM yang diperkenalkan pada tahun 2022 sehingga kini dengan memperluaskan skop penugasan APM.
Definisi Ops Prihatin APM adalah meningkatkan sikap membantu rakyat Malaysia dalam khidmat kemanusiaan melalui APM. Objektif Ops Prihatin APM adalah membuat rondaan dan membantu pengguna jalan raya di musim perayaan Aidilfitri, membantu mangsa bencana, kecemasan dan kemalangan jalan raya.
Selain itu objektif pelancaran Ops Prihatin juga adalah memperkenalkan APM kepada orang awam bagi menarik semangat kesukarelawan.
Majlis ini mendapat kerjasama yang baik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) CDERT Otai Biker, UKM bikers, TBC bikers, Semerah bikers dan WOC bikers. Ops Prihatin juga ditaja oleh Yayasan Felda, Kamatech Automotive & Engineering Sdn Bhd, Comintel Corperation Bhd, Cendana Auto Sdn Bhd, CDERT Persatuan Peguam Muslim Malaysia, LMT Maritime Sdn Bhd. Federal Power Sdn Bhd, Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS), Izin Cergas Sdn Bhd, Pertubuhan Kebajikan Dato Mohd Chan dan Ev Marine Sdn Bhd.
Majlis pelancaran ini dimulakan dengan bacaan doa, ucapan perasmian dan penyampaian sumbangan sahur kepada pengguna Tol Sungai Besi. Bagi acara kemuncak adalah pelancaran majlis yang disertakan dengan tiupan “airhorn” dan “Flag Off sebagai simbolik.
Selain itu, turut diperkenalkan pelekat kenderaan “Info Prihatin Angkatan Pertahanan Awam yang mengandungi pelbagai panduan kecemasan melalui imbasan kod QR.
Melalui Majlis Yang Amat Setia KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam ucapannya Ops Prihatin APM ini akan sentiasa diteruskan dan akan memberi impak yang positif dan seperti yang ditunjukkan semasa Ops Prihatin dan Ops Bantu sebelumnya.
lanya akan menaikkan imej APM dan dalam mengendalikan dan memberikan tindak balas kepada sebarang insiden kecemasan mahupun bencana dengan efisien.